Saturday, April 9, 2016

Respon Terkini Nora Danish Isu Dakwaan Bakal Berkahwin Dengan Nedim Nazri Tahun Ini!

Kisah percintaan Nora Danish dan Nedim Nazri tidak asing lagi. Meskipun sebelum ini dilaporkan Kisah Cinta Nora Dan Nedim Akhirnya Kecundang. Sah Putus! namun cinta bertaut kembali. Alhamdulillah, jodoh mereka masih lagi kuat! Bahkan Nora Danish juga dikhabarkan bakal mengakhiri zaman bujangnya dengan teman lelakinya itu tahun ini. 



Nora Danish ketika ditemui pada majlis pelancaran telefon pintar Oppo F1 Plus di sini, Khamis lalu tidak mengiyakan ataupun menidakkan dakwaan itu, namun memklumkan dia akan memastikan dirinya benar-benar bersedia memikul tanggungjawap sebagai isteri dan tidak mahu membuat keputusan terburu-buru. 
“Saya tidak menolak kemungkinan akan berkahwin pada tahun ini tetapi sebelum itu saya ingin memastikan saya sudah bersedia untuk kembali bergelar sebagai isteri.
“Tambahan pula saya tidak mahu berkahwin hanya semata-mata kerana cinta sebaliknya kerana Allah.
“Insya-Allah jika sudah sampai masanya nanti saya akan beritahu kepada semua,” katanya.

Nora, 35 tidak mahu mengulas lanjut kenyataan yang dikeluarkan oleh bapa Nedim yang dilihat seolah-olah memberi lampu hijau kepadanya dan Nedim untuk berkahwin.

Katanya, dia terkejut apabila ada wartawan yang bertanya tentang hubungan mereka kepada Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Nazri Aziz iaitu bapa Nedim.
“Saya terkejut sebenarnya apabila ada wartawan bertanyakan tentang saya dan Nedim pada beliau.
“Tiada apa yang saya boleh komen kerana menghormatinya sebagai menteri,” ujarnya.

Tambah Nora, dia tidak merancang untuk mengadakan majlis besar-besaran.

Respon Terkini Nora Danish Isu Dakwaan Bakal Berkahwin Dengan Nedim Nazri Tahun Ini! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.