Wednesday, April 6, 2016

Respon Mengejutkan Diterima Oleh Da'i Wan Dari Fizo Omar Isu Kecoh Tudung Fareeda Buat Anda Terpana !!!

Kisah tudung Fareeda yang viral gara-gara pelanggan dan peminat setia jenama ini sanggup berebut dan merusuh belum sudah lagi di laman sosial. 

Lebih hangat bila pelbagai komen dilemparkan termasuk komen pedas dari Wardina Saffiyah termasuk juga Kecoh Tudung Fareeda Dikritik Netizen, Ini Nasihat PEDAS Da'i Wan Boleh Buat Fizo Omar Dan Mawar Masak !!!

Menyedari hal ini semakin hangat diperkatakan di media sosial sekaligus menimbulkan kecaman hebat dalam kalangan netizen, Da'i Wan sekali lagi tampil cuba meredakan keadaan menerusi laman Facebooknya Wan Dazrin.


Mula-mula sekali:

Saya dahulukan dengan ucapan 'Terima Kasih' atas lanjutan keratan surat khabar 26 Jamadil Akhir 1437 Hijriah khusus buat wartawan Metro Cik/Pn Fazurawati Che Lah. Semoga Allah swt merahmatimu.

Due to post teguran saya yang menjadi viral hampir 1 Malaysia, tidak membuatkan saya alpa, bahkan saya pilih untuk bertambah takut dengan apa yang Allah swt takdirkan ini. Mungkin ada sesuatu yg istimewa yg tersembunyi dalam aturan Allah swt untuk renungan dan pelajaran kita bersama.

Saya tidak pilih bersifat sebelah tangan.

Saya usaha dapatkan no hp abang Fizo Omar yang dikasihi dan Kak Mawar yang dihormati.
Semalam saya telah terlebih dahulu mesej abg Fizo Omar untuk berbual lanjut dengannya.

Saat sahaja, dia dapat tahu saya yang text dia, terus dia sambut dengan penuh hormat dan rasa gembira lansung dari Shang Hai, China bersama akak Mawar sekali.

Sapaan mulanya begitu baik, nada suara yg positif, lantas dia terus sahaja ucapkan 'Terima Kasih' kepada saya atas teguran yang dibuat, dia hargainya, dia pilih untuk mengambil pelajaran dari kesilapan meng-Uploadkan video tersebut. Kami bertukar pandangan lama antara satu sama lain. Saling berkongsi cerita, dia juga menjelaskan secara terperinci apa yang berlaku sewaktu hari kejadian. Saya amati. Saya susuli dengan doa kemudahan untuk dia dan akak Mawar sekali.

Hidup ini, bukan soal siapa betul siapa salah, hidup ini adalah membaikkan yang salah, menyokong yang betul pada tempatnya. Saya tidak terlepas dari menyusun 10 jari tanda kemaafan padanya jika ada dalam statement saya yang mengecilkan hati(Walaupun saya yg memberi teguran). Dia kata tidak, tidak Da'i Wan. Terima kasih. Sungguh kami akui kesilapan yang tidak disengajakan, dan kami berharap moga ujian Allah ini, menjadikan segalanya lebih baik pada masa depan.

Dimana kerendahan hati ini hendak kita carikan, melainkan ia hanya ada pada orang yang meletakkan imannya pada Allah swt.

'Tiada insan suci yg tidak punya masa lampau, tiada insan berdosa yg tidak punya masa depan' adalah quote paling baik buat semua yg memilih utk tidak lagi buka pintu hati bagi memaafkan mereka dan mendoakan kebaikkan yg sebetulnya.

"Pandang dengan rahmah, ubah dengan hikmah"

Respon Mengejutkan Diterima Oleh Da'i Wan Dari Fizo Omar Isu Kecoh Tudung Fareeda Buat Anda Terpana !!! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.