Saturday, April 9, 2016

Punca Sebenar Mr.Os Meninggal Dunia Didedahkan... Al-Fatihah!

Semalam industri hiburan tanah air dikejutkan dengna berita pemergian Pelakon dan pelawak Mr Os atau nama sebenarnya Mohd Yusof Abdul Hamid ke rahmatullah.

Allahyarham dilaporkan meninggal dunia kira-kira pukul 2.50 petang Jumaat di Hospital Selayang dekat sini akibat kanser paru-paru. 



Menurut anaknya Mohd Hafizul Mohd Yusof, 20, Allahyarham dirawat di hospital itu sejak Isnin lalu selepas lemah dan sesak nafas.
“Ayah sakit teruk sejak Isnin lalu dan di rawat di Hospital Selayang, namun ketika itu dia masih boleh bercakap sehinggalah pagi tadi.
“Pagi tadi dia kelihatan betul-betul lemah dan hanya boleh angguk dan geleng sahaja,” ujarnya.
Tambah Mohd Hafizul, sejak beberapa minggu Allahyarham lemah dan tidak dapat bekerja seperti biasa.


Malah sebelum menghembuskan nafas terakhir, dia sempat berpesan agar anak-anaknya sentiasa ingat pada Allah dan menutup aurat.
“Dia nampak tenat beberapa minggu ini dan lemah kerana kanser paru-paru yang dihadapinya itu. Sebelum meninggal banyak pesanan yang diberikan kepada kami adik beradaik terutamanya berkenaan agama,” ujarnya.
Jenazah Allahyarham  telah dikebumikan di Tanah PerkuburanIslam Bukit Permata petang Jumaat semalam.

Hari yang baik, pengakhiran yang baik. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah! 

Punca Sebenar Mr.Os Meninggal Dunia Didedahkan... Al-Fatihah! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.