Wednesday, April 6, 2016

Pihak Hospital Bakal Bekalkan Seluar Menutup Aurat Bagi Ibu Bersalin Tahun Depan!

Kesedaran terhadap aurat wanita ketika di wad bersalin mencetus idea kepada lapan kakitangan Jabatan Obstetrik & Ginekologi Hospital Kemaman mencipta seluar bersalin yang dikenali sebagai `materna pants'.


Kajian keberkesanannya yang dijalankan terhadap 50 ibu bersalin di Hospital Kemaman mendapati semua mereka bersetuju menggunakan seluar berkenaan kerana dapat membantu mereka bergerak dalam keadaan lebih selesa selain memberi penjagaan aurat maksimum selaras dengan tuntutan Islam.


Menurut Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Perubatan), Dr Saifur Rahman Mohamad, seluar bersalin itu juga sudah mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk dijadikan antara kemudahan disediakan kepada ibu bersalin di hospital selaras dengan konsep hospital mesra ibadah yang dilaksanakan tahun lalu.
"Buat masa ini, kami masih berbincang dengan pihak pembekal untuk penyediaan bekalan seluar berkenaan memandangkan kosnya yang tinggi dan cara pembuatan termasuk jahitan memerlukan teknik tertentu.
Selepas selesai perbincangan dan memperolehi persetujuan, kami menjangka penggunaan seluar ini dapat dipraktikkan di semua hospital di seluruh negeri menjelang tahun depan," katanya.

Sumber Harian Metro

Pihak Hospital Bakal Bekalkan Seluar Menutup Aurat Bagi Ibu Bersalin Tahun Depan! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.