Thursday, April 7, 2016

Penumpang Pesawat Dakwa Temui 'Cicak' Dalam Nasi Lemak

Jika beberapa hari lalu kecoh di laman sosial apabila Meloyakan! Sejenis 'Objek' Ditemui Dalam Botol Sos Cili Buat Anda Fikir Dua Kali Untuk Makan, kini seekor cicak pula ditemui dalam nasi lemak. Aduhhh, loya sungguh rasa tekak!

Seorang penumpang pesawat penerbangan mendakwa menemui seekor cicak ketika dia sedang menikmati makanan itu.

Menurut salinan laporan polis yang dibuat oleh penumpang terbabit, dalam kejadian 27 Mac itu, dia menaiki pesawat untuk ke Kuching dan telah membuat pesanan makanan dengan menu nasi lemak.
“Semasa saya sedang makan, saya terjumpa seekor cicak di dalam makanan saya. Saya telah memaklumkan kepada pramugara dan dia meminta bekas makanan saya untuk ditukar yang lain.
“Tetapi saya tidak mahu bagi. Setelah saya mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching saya terus ke balai polis buat laporan,” katanya.

Laporan polis itu serta gambar telah dimuat naik di media sosial.


Menurut penumpang warganegara Pakistan itu juga, dia membuat laporan polis sebagai langkah berjaga-jaga terhadap keselamatan dirinya

Penumpang Pesawat Dakwa Temui 'Cicak' Dalam Nasi Lemak Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.