Tuesday, April 26, 2016

Penggiat Seni Tanah Air Terkesan Pemergian Samantha Schubert

Penggiat seni tanah air rata-rata terkejut dengan pemergian pelakon dan penerbit Samantha Schubert yang meninggal dunia pada malam Isnin.

Samantha meninggal dunia di Pusat Rawatan Prince Court di sini pada jam 7.16 petang Isnin selepas menderita barah pankreas.



Penerbit tersohor Puan Sri Tiara Jacquelina merupakan antara personaliti yang berkongsi kesedihan beliau di laman media sosial.
“Samantha merupakan antara ahli terawal Kit Kat Klub. Saya akan merindui persahabatan yang terjalin sejak kita muda lagi.
“Semoga semangat anda akan diteruskan menerusi anak-anak yang anda sudah besarkan,” tulis Tiara di Facebook.

Pelakon dan pengarah Afdlin Shauki turut memuji sikap Samantha yang baik hati dan akan sentiasa membantu rakan-rakannya.
“Selamat tinggal sahabat,” tulis Afdlin.

Sementara itu di Twitter, Adibah Noor, Sharifah Amani dan aktivis Datin Paduka Marina Mahathir, penerbit muzik Aubrey Suwito turut meluahkan kesedihan mereka:



Schubert pernah dinobatkan sebagai Miss Malaysia/Dunia pada 1991 dan mula mendapat tempat dalam kalangan peminat filem tempatan selepas beliau membintangi beberapa buah filem termasuk ‘Red Scorpion 2’ (1994), ‘Amok’ (1997) dan ‘The Red Kebaya’ (2006).

Penggiat Seni Tanah Air Terkesan Pemergian Samantha Schubert Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.