Saturday, April 16, 2016

Pengakuan 'Berani Mati' Rosyam Nor Yang Mengejutkan Ramai!

Setiap manusia yang diciptakan masing-masing punya kelebihan dan kekurangan tersendiri. Begitu juga bagi pelakon dan pengarah Rosyam Nor yang membuat pengakuan tidak pandai mengaji sehingga usianya 45 tahun malah hanya menghafal 3 surah iaitu iaitu al-Fatihah, an-Nas dan al-Ikhlas. Mesti ada dalam kalangan anda yang sukar nak percaya bukan?
“Saya baru tahu selama 45 tahun usia saya ini, saya baca ‘bismillah’ pun salah.
“Saya tak malu mengaku ini di hadapan anda semua. Biarlah saya malu dengan anda daripada saya malu dengan ALLAH SWT,” katanya.
Artikel menarik:- Alasan Sebenar Wanita Ini Tuntut Cerai Dari Suami Pasti Buat Anda Tergamam!!!


Berkongsi ceritanya, Rosyam berkata, beliau telah diberikan segalanya oleh ALLAH, namun di saat kehilangan ayahnya, beliau menyedari bahawa beliau tidak pandai mengaji.
“Ketika ini saya rasa seorang Rosyam Nor tertunduk malu dan sedih sebab tidak tahu mengaji.
“Kadang-kadang bila jadi imam di rumah, anak-anak saya pun tahu surah apa saya akan baca. Sebab itu saya tak berlakon cerita agama,” katanya.

Terlalu lama memasang angan-angan untuk belajar mengaji, ketika penggambaran akhir filem KL Gangster 2, akhirnya hidayah buatnya hadir melalui seorang ustaz yang tidak didedahkan identitinya.
“Semasa penggambaran itu, ada seorang insan muncul dan pada awalnya saya anggap beliau hanya seorang peminat biasa. Kemudian beliau minta nombor telefon dan setiap minggu beliau hubungi saya ajak berjumpa.
“Selama empat bulan beliau hubungi saya sampai saya rimas dan akhirnya saya setuju untuk bertemu di kawasan rumah saya," katanya.

Cerita Rosyam, hatinya terdetik untuk mengaku tidak pandai mengaji dan meminta ustaz tersebut mengajarnya.
“Tapi dengan satu syarat, jangan beritahu orang lain, sebab saya malu.
“Ini masalah paling besar bila dah tua.Tapi jangan kita malu. Alhamdulillah usia 45 tahun saya mula belajar mengaji mula dengan alif, ba, ta,” katanya.
Rosyam juga memberitahu tahun lalu pada usia 48 tahun, beliau akhirnya berjaya khatam al-Quran di hadapan Kaabah.

Pengakuan 'Berani Mati' Rosyam Nor Yang Mengejutkan Ramai! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.