Sunday, April 24, 2016

PANAS! Zizie Izette Dihentam Peminat, Buka Tudung Semasa Bercuti Di Jepun

Lama rasanya tidak mendengar berita mengenai pelakon jelita Zizie Ezette. Ditambah pula selepas beliau berkahwin dengan ahli politik, sekaligus kemunculannya di kaca televisyen jarang sekali dilihat tidak seperti sebelum ini sebelum dia mendirikan rumah tangga.


Terkini kecoh pula apabila beliau mencetuskan kontroversi dengan memuat naik sekeping gambar tidak bertudung semasa bercuti di Osaka, Jepun bersama beberapa rakan.


Nyata tindakannya itu menimbulkan pelbagai spekulasi negatif dari peminat mahupun haters.

Gambar yang dimuat naik itu masih lagi berada di dalam Instagram miliknya dan boleh diakses oleh sesiapa sahaja.

Pelbagai bentuk komen yang dilemparkan terhadap Zizie Ezette daripada sudut positif hinggalah negatif. Namun ada juga yang cuba ber’husnuzhon‘ dengan gambar tersebut.


Walaupun kecoh mempertikaikan dan mengutuk tindakan pelakon ini, namun sehingga kini tiada respon balas dari pihak Zizie sendiri berkenaan gambar yang dimuat naik itu.

Apa pun, empunya badan pasti ada penjelasan yang tersendiri diatas tindakannya itu.

Sebagai peminat atau pun pembaca, janganlah terlalu menghukum sebelum mengetahui kisah yang sebenar.

Diharapkan pelakon ini dapat tampil untuk menjelaskan isu berkenaan.

PANAS! Zizie Izette Dihentam Peminat, Buka Tudung Semasa Bercuti Di Jepun Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.