Monday, April 11, 2016

PANAS!! Tudung Fareeda 'CIPLAK' Jadi Viral, Ini Respon Fizo Omar Buat Netizen

Baru-baru ini menjadi bualan hangat apabila (Gambar) Tudung Fareeda 'CIPLAK' Design Di Pasaran Jadi Viral. Ekoran itu selaku Pengurus Pemasaran Fareeda Global Resources Sdn Bhd, Fizo Omar membidas dakwaan segelintir pihak bahawa rekaan tudung Fareeda yang terbaharu adalah ‘Ciplak’.


Menurut beliau, rekaan terbaharu itu tidak menciplak rekaan tudung yang lain kerana mereka telah mendaftar rekaan tudung terbaharu tersebut namun mengakui persamaan dari segi corak material yang digunakan.
“Fareeda setiap keluaran, patern yang kita jahit ini, kita dah daftarkan lebih 100 lebih tudung bukan corak. yang sama itu adalah corak which is corak kita boleh daftar sebab corak itu bukan hak milik kami.
“Tudung jenis jahitan cara sambungan itu yang kami daftar tetapi kami tak daftar corak pada kain tersebut yang jadi persamaan adalah corak kain which is corak kain ini bergantung kepada trend.” katanya ketika sidang media di Hotel Marriot Putrajaya tadi.
Menurut pelakon popular itu, mereka telah mengeluarkan corak yang sama pada tahun 2012 tetapi mengunakan rekaan yang lain yang juga telah didaftarkan dan mendakwa corak berkenaan telah menjadi trend pada ketika itu.
“Pihak fareeda pada tahun 2012 kami dah keluarkan corak yang sama tetapi design yang kami daftarkan berlainan dan mungkin pada tahun 2012 corak ini dah jadi satu trend dan saya percaya syarikat tudung lain mengambil kesempatan keatas tudung yang mempunyai corak yang sama.”katanya.
Katanya lagi, persaman corak dalam rekaan yang berlaku pada ketika ini adalah disebabkan oleh syarikat mereka masih tidak mempunyai kilang sendiri bagi memproses dan membuat corak kain sendiri.

Justeru mereka terpaksa mengimport material kain dari luar negara yang mempunyai patern corak yang sama dengan syarikat pengeluar tudung yang lain.

PANAS!! Tudung Fareeda 'CIPLAK' Jadi Viral, Ini Respon Fizo Omar Buat Netizen Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.