Thursday, April 7, 2016

PANAS! Peminat Bertelagah, Che Ta Pakaikan Aaisyah Dhia Rana Baju Gambar Anjing

Siapa yang tidak kenal dengan pelakon jelita Rozita Che Wan atau lebih dikenali sebagai Che Ta. Seringkali mencetuskan kontroversi panas apabila apa yang dilakukan ada sahaja yang tidak kena pada pandangan umum.

Kini beliau sekali lagi menjadi bualan ramai apabila beliau memuat naik video anaknya Aaisyah Dhia Rana berjoget sambil memakai baju bergambar anjing. Tindakannya itu bagaimanapun dikritik ramai sehingga mencetuskan pergaduhan sesama sendiri.



Kebanyakan peminat Che Ta mula menegur tindakannya yang sewenangnya memakaikan anaknya baju bergambar anjing kerana dikatakan tidak elok dipandang. Malah ada juga menyindir sinis dengan mempersoalkan kemampuan kewangan pelakon itu yang seolah tidak ada pilihan baju lain.



Apapun sehingga kini tiada respon dari Che Ta berhubung perkara tersebut malah video yang dimuat naik itu turut dibiarkan sahaja di akuan Instagram miliknya walaupun selepas dikritik oleh orang ramai.

LAGI ARTIKEL MENARIK:-



PANAS! Peminat Bertelagah, Che Ta Pakaikan Aaisyah Dhia Rana Baju Gambar Anjing Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.