Tuesday, April 19, 2016

PANAS! Che Ta Sekali Lagi DIHENTAM Peminat, Gaya Jeans Koyak Di Lutut

Lepas satu, satu kontroversi melanda Che Ta semuanya disebabkan Instagram. Kalau sebelum ni PANAS! Peminat Bertelagah, Che Ta Pakaikan Aaisyah Dhia Rana Baju Gambar Anjing, semalam Che Ta pula memuat naik gambar ootd di Instagram yang menerima kecaman dan teguran.



Apa taknya, Che Ta seorang yang bertudung namun dia memuat naik gambarnya memakai seluar jeans yang koyak atau ripped jeans yang menampakkan bahagian lutut dan pahanya. Disebalik kritikan negatif dilemparkan, ada juga yang masih berfikiran positif yang mungkin Che Ta ada memakai skin color legging.


Buat masa ini, Che Ta masih tidak memadam gambar tersebut dan dibiarkan sahaja di akaun Instagramnya.



Bagi kami, sekiranya lebih banyak menimbulkan fitnah dan kata-kata negatif seeloknya dipadam sahaja gambar tersebut. Tetapi apa pun, diharap Che Ta mempunyai penjelasan disebalik gambar yang penuh kontorversi ini. Sama-sama kita menunggu komen Che Ta selepas ini.

PANAS! Che Ta Sekali Lagi DIHENTAM Peminat, Gaya Jeans Koyak Di Lutut Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.