Wednesday, April 27, 2016

Padah Keluarkan Komen Berbentuk Hasutan Dan Hina Agama, Lelaki Terima Habuan!

GEORGETOWN: Polis menahan seorang lelaki berusia 26 tahun kerana dipercayai mengeluarkan komen berbentuk hasutan dan menghina agama di laman sosial Facebook miliknya di Sungai Petani, Kedah, pagi tadi. 


Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Ghaffar Rejab, berkata lelaki itu ditahan sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut selepas menerima laporan melalui aplikasi WhatsApp berhubung kejadian itu, Isnin lalu. 
"Suspek yang bekerja sebagai operator kilang didakwa mengeluarkan kata-kata kesat di ruangan komen Facebook menggunakan akaun miliknya. 
"Kita mengingatkan pengguna laman sosial supaya tidak memberi komen dalam laman sosial yang boleh memudaratkan keharmonian antara kaum di negara ini," katanya dalam satu kenyataan, hari ini. 
Beliau berkata, polis turut merampas sebuah telefon bimbit berserta kad sim milik suspek. Katanya, suspek direman tiga hari bermula hari ini mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 298 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Padah Keluarkan Komen Berbentuk Hasutan Dan Hina Agama, Lelaki Terima Habuan! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.