Wednesday, April 13, 2016

Nora Danish Kongsi Pengalaman Di Lokasi 'Dilwale' Iceland

Pelakon Nora Danish memilih Iceland untuk mengadakan sesi fotografi koleksi terbaharu bawah labelnya Owl by Nora Danish kerana menyukai filem Dilwale yang turut menjalani penggambaran di negara itu.

Nora Danish memilih Iceland untuk mengadakan sesi fotografi kerana menyukai filem Dilwale yang turut menjalani penggambaran di negara itu.
Menurut Nora atau nama sebenarnya Nor Mohd Danish Hanif, 34, beliau melahirkan rasa kagum kerana dapat berkunjung ke sana dan sempat merakamkan gambar ketika berada di lokasi penggambaran filem itu termasuk di Black Sand Beach, Seljalandsfoss Waterfall dan Ring Road.
"Saya memang kagum dan pasang impian untuk ke Iceland selepas menonton filem Dilwale dan Alhamdulillah segala perancangan dibuat akhirnya terlaksana.
"Meskipun perjalanan untuk ke Black Sand Beach memakan masa hampir tiga jam dari Reykjavik iaitu bandar utama Iceland tetapi ia sangat berbaloi apabila dapat melihat keindahan ciptaan Allah," katanya.
Artikel menarik:- Respon Terkini Nora Danish Isu Dakwaan Bakal Berkahwin Dengan Nedim Nazri Tahun Ini!

Menurut Nora Danish, cuaca di sana begitu sejuk hingga memaksa beliau untuk menahan kesejukkan itu bagi memastikan hasil gambar yang menarik.

Nora terpaksa menahan kesejukan bagi memastikan hasil gambar yang menarik.
Sesi fotografi berkenaan menurut Nora adalah untuk koleksi Aidil Fitri Owl by Nora Danish termasuk tudung, kurung moden dan tas tangan.

Kata Nora lagi, penggambaran itu juga turut mendapat kolaborasi bersama Alextan Artworks dan Filming Art yang merakam gambar dan video nya ketika di Iceland.
"Cuaca di Iceland memang sangat sejuk serta berangin dan ia cabaran terbesar sepanjang berada di sana.
"Kami hanya melakukan apa yang termampu sahaja dan Alhamdulillah pasukan fotografi dan video yang cekap berjaya merakam momen-momen terbaik," ujarnya.
Antara aksi menarik Nora ketika berada di Black Sand Beach.
Berkongsi pengalaman di Iceland, Nora memaklumkan dia tertarik dengan keramahan penduduk di sana selain menyifatkan ia sebuah bandar yang cukup cantik dan tenang.
"Masyarakat di sana memang ramah dan juga mengambil berat terhadap orang sekeliling. Pernah ketika kami singgah di sebuah restoran untuk makan, kami masing-masing asyik dengan telefon.
"Melihat keadaan itu mereka menegur kami agar menyimpan telefon dan berbual di antara satu sama lain.
"Apabila melihat sekeliling masyarakat tempatan yang berada di dalam restoran tersebut memang tiada seorang pun memegang telefon dan membuatkan kami malu dan menyimpan telefon," jelasnya.
Antara koleksi tudung dan tas tangan dibawah jenama Owl by Nora Danish yang bakal menemui peminat. 
Sementara itu, dalam perkembangan lain pula Nora bakal memasuki set penggambaran telefilem di bawah arahan Ghaz Abu Bakar dan sebuah filem tentang kanser pada Mei depan.

Nora Danish Kongsi Pengalaman Di Lokasi 'Dilwale' Iceland Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.