Wednesday, April 20, 2016

Mia Sara Beri AMARAN Tidak Ciplak Tudung Jenama MS Couture!

Siapa yang tidak kenal dengan pelakon cilik Mia Sara. Beliau kini sudah mengorak langkah dan menceburkan diri dalam bidang perniagaan selepas baru-bau ini mengambil keputusan untuk berhijab. Sekaligus penghijrahan beliau di usia yang masih muda mendapat perhatian masyarakat.


Mia Sara yng kini sedang mengusahakan perniagaanya dengan menjual tudung dan jubah bawah jenamanya iaitu MS Couture memberi peringatan kepada pihak-pihak tertentu untuk tidak menciplak dalam menghasilkan produk tiruan.



Menurut Mia atau nama sebenarnya Mia Sara Nasuha Muhammad Ridhuan, 11, produk jenamanya itu dijual dengan harga berpatutan dan tidak berbaloi untuk diciplak bagu tujuan meraih untung.
"Saya selalu terbaca dan tahu tentang produk-produk tudung berhadapan dengan masalah tiruan sehingga memberi kesan kepada peniaga.
"Saya harap sangat mereka tidak tiru tudung saya kerana tudung dan jubah yang saya jual murah dan kalau ada yang tiruan pun sama sahaja harganya," ujarnya.
Mia berkata demikian ketika ditemui pada sidang media selepas pelancaran MS Couture yang diadakan di Hotel Royal, di sini, Selasa.

Mia bersama orang kuat MS Couture.
Pada majlis tersebut Mia memperkenalkan  tiga jenis tudung, jubah dan baju kurung pelbagai warna.

Sementara itu, dalam perkembangan terkini, Mia Sara baru sahaja selesai menjalani penggambaran drama Strawberry & Karipap.


Mia Sara dalam pada itu melahirkan rasa syukur kerana menerima banyak tawaran berlakon selepas baru-baru ini pernah membangkitkan isu kurang mendapat tawaran lakonan selepas berhijab.
"Alhamdulillah, masa saya beri kenyataan sudah kurang dapat tawaran berlakon selepas itu banyak pula yang datang.
"Saya pelik juga tawaran yang datang juga tidak minta saya buka tudung dan sesuaikan watak saya menjadi kanak-kanak bertudung," ujarnya.
LAGI ARTIKEL MENARIK:-

1)  Sarat Hamil 7 Bulan, Ini Respon Hanis Zalikha Mengenai Jantina Anak!

2) Amy Search BENGANG, Barangan Merchandise Dicetak Dan Dijual Secara Haram!

3) (Gambar) Sekitar Majlis Resepsi Shah Iskandar, Siti Sarah Yang Cukup Meriah!

Mia Sara Beri AMARAN Tidak Ciplak Tudung Jenama MS Couture! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.