Monday, April 4, 2016

MERIAHNYA! (Gambar) Sekitar Majlis Resepsi Kedua Perkahwinan Anzalna Nasir, Hanif Zaki

Sebelum ini menjadi bualan hangat dalam kalangan netizen, mana taknya gaun yang digayakan oleh Anzalna di majlis perkahwinannya lain dari yang lain. CANTIK!!

Umum mengetahui, majlis perkahwinan pelakon jelita Anzalna Nasir bersama pilihan hatinya iaitu Hanif Zaki telah berlangsung sekitar hujung Februari lalu. Semalam berlangsung pula majlis resepsi kedua perkahwinan mereka bertempat di Grand Ballroom, Dewan Perdana Felda, Kuala Lumpur.



Jika dahulu Anzalna pernah menggayakan gaun cantik dan kembang seperti puteri, kini pada majlis kedua pula beliau sekali lagi tampil menawan disamping suami tersayang dengan memakai busana songket berwarna ungu.

Kedua mereka juga tampak manis dan segak diatas pelamin yang dihiasi bunga-bunga segar.

Selain keluarga, majlis yang cukup indah itu turut diserikan dengan kehadiran beberapa barisan selebriti tanah air serta teman rapat kedua pasangan.

Semoga perkahwinan yang dibina berkekalan hingga ke Jannah serta dilimpahi rezeki yang melimpah ruah. Berikut kami kongsikan beberapa keping gambar sepanjang majlis resepsi tersebut berlangsung buat tatapan anda. 




















LAGI ARTIKEL MENARIK:-




MERIAHNYA! (Gambar) Sekitar Majlis Resepsi Kedua Perkahwinan Anzalna Nasir, Hanif Zaki Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.