Saturday, April 23, 2016

MENYERAMKAN! Lagi Pelajar Diserang Histeria Selepas Kutip Guli Berterabur Seolah Dibaling 'Sesuatu'

Lebih 30 orang pelajar termasuk guru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kemumin, Kota Bharu telah diserang histeria, lapor Berita Harian.

Difahamkan kejadian berkenaan dikatakan bermula kira-kira jam 10 pagi semalam apabila tiga orang pelajar yang berada di bilik kokurikulum melihat ratusan biji guli bertaburan seolah-olah dibaling 'sesuatu'.

Pelajar-pelajar terbabit telah mengutip guli yang bertaburan berkenaan dan disimpan di dalam almari dan guli berkenaan dikatakan bertaburan kembali di dalam bilik berkenaan.



Tidak lama kemudian ketiga-tiga pelajar berkenaan telah diserang histeria sebelum berjangkit kepada 17 rakan lain. Kejadian berkenaan berlarutan sehingga ke petang apabila 18 orang pelajar termasuk guru pula diserang histeria.

Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa Dan Guru (PIBG) SMK Kemumin, Azmi Abdullah berkata, pihaknya berasama warga sekolah telah mengadakan solat hajat bagi 'membersihkan' kawasan tersebut dari gangguan yang melanda.
"Seorang guru agama yang menyertai solat hajat malam tadi mengambil keputusan membuang guli yang dikatakan menjadi punca histeria itu ke laut di Pantai Cahaya Bulan (PCB)," katanya.
Sebelum ini, SMK Pengkalan Chepa 2 menjadi tumpuan sejak 11 April lalu apabila lebih 50 pelajar dan guru sekolah itu diserang histeria.

MENYERAMKAN! Lagi Pelajar Diserang Histeria Selepas Kutip Guli Berterabur Seolah Dibaling 'Sesuatu' Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.