Wednesday, April 6, 2016

(Video) Indonesia Letup 23 Bot Nelayan Malaysia, Vietnam

JAKARTA: Pihak berkuasa Indonesia hari ini meletupkan 23 bot nelayan asing yang ditahan kerana menangkap ikan secara haram di perairan negara itu. 

Bot terbabit, 13 dari Vietnam dan 10 dari Malaysia, diletupkan serentak di tujuh pelabuhan dari Tarakan di utara Kalimantan sehingga ke Ranai di Pulau Natuna di Laut China Selatan. 


Menteri Hal Ehwal Maritim dan Perikanan, Susi Pudjiastuti, menyaksikan tindakan itu yang dijalankan dengan kerjasama tentera laut dan polis, menerusi lintas langsung internet di pejabatnya di Jakarta. 


Indonesia, negara kepulauan terbesar dunia, mengambil pendirian tegas ke atas aktiviti perikanan haram sejak Presiden Joko Widodo mengambil alih jawatan itu pada 2014. 

Pudjiastuti menyelia tangkapan hampir 200 bot nelayan haram dari beberapa negara selepas mengisytiharkan satu moratorium ke atas bot asing. 

Sejumlah 174 bot nelayan diletupkan. Sebanyak 20 bot lagi masih menunggu keputusan mahkamah

Sumber Berita Harian

(Video) Indonesia Letup 23 Bot Nelayan Malaysia, Vietnam Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.