Monday, April 25, 2016

Menakjubkan! Wanita Tekad Turunkan Berat Badan Kerana Tiket Kapal Terbang

Tidak dapat dinafikan, kadangkala keadaan sekeliling dan keadaan yang dialami oleh seseorang itu menjadi pembakar semangat untuk melakukan satu perubahan yang tidak dijangka! Dan berkat usaha gigih itu pastinya akan membuahkan hasil pada akhirnya.


Begitu juga bagi Amber Rose yang mengalami masalah obesiti. Dek kerana masalah obesiti yang dialami membuatkan dia terpaksa membeli dua tiket kapal terbang setiap kali bercuti. Akhirnya dia nekad menguruskan badannya.


Dua tiket terpaksa dibeli gara-gara satu kerusi dalam pesawat tidak lagi mampu memuatkan tubuhnya yang gemuk. Ketika itu berat Amber mencecah 159 kg.

Bukan setakat tidak muat satu kerusi, dia juga memerlukan tali pinggang tambahan untuk menampung perutnya yang besar.

Namun kemuncak kepada perubahan Amber bila dia dianggap hamil kerana tubuhnya yang gemuk oleh orang yang tidak dikenalinya

Tidak lagi sanggup berdepan situasi yang memalukan dan merugikan dirinya itu, Amber, 24 nekad menghentikan tabiat pemakanan yang tidak sihat hingga berjaya menurunkan sebanyak 83 kilogram.  
"Pengalaman saya menaiki kapal terbang setiap kali pergi bercuti sangat memalukan. Saya berasa semua orang di dalam kapal terbang memandang saya.
"Walaupun saya akan sampai ke tempat yang indah selepas itu tapi di dalam kapal terbang keadaannya cukup memalukan,"ujar Amber yang berasal dari Hertfordshire, Amerika Syarikat.
Dengan ketinggian 180 sentimeter, tubuh Amber kelihatan besar dan tidak seimbang. Masalah berat badannya makin serius kerana kegemarannya makan yang tidak berhenti sepanjang hari bermula dari bangku sekolah.

Kerana selalu diejek makan dia melampiaskan perasaannya dengan makan lebih banyak. Walaupun bersenam tapi kuantiti makanan yang diambil melebihi apa yang diperlukan oleh tubuhnya.

Namun kesedaran untuk menguruskan tubuh timbul  bila dia melihat gambarnya yang sedang mengambil makanan dalam satu majlis dimuat naik rakan-rakan di laman sosial. 

Melihat keadaan tubuhnya yang gemuk dan kebergantungannya kepada makanan, dia mula sedar. Sejak itu timbul hasrat untuk mengurangkan berat badan.

Dari situ Amber mula bersenam di gimnasium malah menjadi ketagih. Dia juga memasuki program diet.  Hasilnya memang luar biasa, berat badannya turun dengan cepat.

Namun begitu walau sudah kurus, dia memiliki lebihan kulit perut yang kendur. Untuk membuangnya, Amber sanggup mengumpul wang untuk melakukan pembedahan. Selepas pembedahan itu dia berjaya mengurangkan 3 kg lagi berat badannya.

Kini dengan berat badan 76kg Amber kembali yakin dengan dirinya dan berkongsi kisah hidupnya untuk memberi semangat pada wanita mengalami masalah berat badan untuk melakukan perubahan.

Menakjubkan! Wanita Tekad Turunkan Berat Badan Kerana Tiket Kapal Terbang Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.