Tuesday, April 5, 2016

Meloyakan! Sejenis 'Objek' Ditemui Dalam Botol Sos Cili Buat Anda Fikir Dua Kali Untuk Makan

SUNGAI PETANI - Seorang ahli jawatankuasa Kawasan Rukun Tetangga Taman Merbau, Tikam Batu, di sini, terkejut menemui bangkai seekor tikus dalam bekas sos cili yang dibelinya untuk digunakan bagi memasak bihun kepada penduduk yang menghadiri program ceramah agama di surau berdekatan, petang kelmarin.

Artikel menarik:- Hantaran 15k Jadi Viral, Akhirnya JAIS Campur Tangan Buat Semua SENTAP !!!

Salbiah Saad berkata, dia tidak sangka bekas sos cili seberat empat kilogram yang turut mempunyai logo Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) itu mengandungi haiwan perosak berkenaan.
“Saya selalu juga beli sos cili jenama ini sebab ada cop Jakim, jadi tak was-was nak guna. Tak sangka pula ada tikus mati di dalamnya.
“Nasib baik tak jadi masak, kalau tak mesti ramai penduduk kena keracunan makanan," katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Meloyakan! Sejenis 'Objek' Ditemui Dalam Sos Cili Buat Anda Fikir Dua Kali Untuk Makan

Menurut Salbiah, dia menemui bangkai haiwan berkenaan bersama 10 penduduk taman itu yang sedang sibuk menyiapkan kuah untuk bihun berkenaan.
“Lepas dah masuk bahan nak masak bihun, saya baru buka botol sos berkenaan dan nak tuang ke dalam kuali. Tapi sosnya tak keluar-keluar. Lepas itu saya picit-picit botol itu, keluar seketul objek hitam yang menyerupai bangkai haiwan.
“Kami terkejut, tengok-tengok, tikus yang mati dalam bekas sos tu. Memang terus meremang bulu roma dan rasa jijik tak terkata," katanya.
Salbiah menambah, susulan penemuan itu, mantan pengerusi KRT, Mohd Saiful Asri membuat aduan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dan tindakan bakal diambil ke atas syarikat pengeluar sos berkenaan yang beralamat di Perai,” katanya.

Meloyakan! Sejenis 'Objek' Ditemui Dalam Botol Sos Cili Buat Anda Fikir Dua Kali Untuk Makan

Sementara itu, Imam Surau Al-Kauthar Taman Merbau, Mohd Noor Abdul Hamid meminta pihak Jakim untuk menyiasat logo halal digunakan pengeluar syarikat sos berkenaan sama ada sah atau tidak.
“Sejak kebelakangan ini, banyak kes pemalsuan logo halal pada produk makanan yang mengelirukan pengguna, terutamanya Islam yang lebih yakin terhadap produk dengan logo halal ini.
“Selain Jakim, Jabatan Kesihatan Negeri juga diminta untuk menyiasat tahap kebersihan produk dihasilkan syarikat berkenaan kerana ia membabitkan nyawa manusia dan juga semua agensi lain,” katanya.
LAGI ARTIKEL MENARIK:-

1) Miskin Tapi Buat Majlis Kahwin Besar-Besaran... Gadis Ini Kongsi Satu Sebab Mengapa Inginkan Majlis Kahwin Yang Mewah!

2) MASYAALLAH!! Kisah Allahyarham Tok Guru Nik Aziz Dan Budak Punk Ini Sangat Menginsafkan - THIS IS KELANTAN

Meloyakan! Sejenis 'Objek' Ditemui Dalam Botol Sos Cili Buat Anda Fikir Dua Kali Untuk Makan Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.