Saturday, April 30, 2016

Mampukah Anda Seperti Ini? Kisah Seorang Pelajar Dan RM0.30 Sen Yang Sangat Menyentuh Hati!

Harus diingatkan, tidak semua insan bernasib baik dari segi kehidupan. Disaat kita sedang hidup dalam keadaan mewah, menikmati makanan yang lazat-lazat, masih ramai di luar sana yang hidup dalam serba kekurangan!Allahu, sebak dengan kisah seorang pelajar bernama Amin ni. 



Ikuti kisah selanjutnya:-

KISAH RM0.30 YANG MENYENTUH HATI SAYA.

Cikgu : Kenapa Amin tak rehat? 
Amin: Mak saya beri 30sen sehari Cikgu. Kat kanti n 30sen ni dpt beli karipap je satu, segan la cikgu beratur panjang2 dpt beli karipap satu jaa. Jadi saya kumpul duit hari ni untuk mkn hari esok, dpt la saya mkn karipap ngan air sirap 30sen. Saya kat kantin hari Selasa & Khamis je cikgu (Amin tertunduk malu)

Perasaan saya mula bercampur baur, sedih & sebak. Di zaman 2015 ini masih juga ada pelajar yg membawa 30sen ke sekolah. Ramai di antara kita memandang 30sen itu jumlah yg kecil sedangkan bagi pelajar ini 30sen sgt besar ertinya.

Cikgu : Kalau hari jumaat awk x pergi kantin la ya ?
Amin: Oh hari jumaat duit 30sen ni saya sdekah masa bacaan yasiin, cikgu. Jawab Amin dengan bersahaja. Mak saya kata kalau kita sedekah, rezeki kita akan bertambah. 

Mata saya dah berkaca. Saya terkejut & bertambah sebak, dah la duit ada 30sen, siap boleh sedekah pulak lagi.

Ya Allah, limpahkanlah rezeki bagi keluarga pelajarku ini. Luaskanlah pintu rezeki mereka semoga mereka tidak lagi berada di dalam kemiskinan.

Huh, macam terpukul sungguh saya, bayangkn duit 30sen yang diberi untuk makan, dia sedekahkan 30sen untuk tabung sekolah setiap Jumaat semasa bacaan yasiin.

‪#‎SHARE‬ lah eh. Mungkin cerita nie nampak simple tapi ia memberi 1000 pengajaran agar kita semua lebihkan bersedekah.

Subhanallah! Lihatlah betapa mulianya hati seorang pelajar ni. Mulia dan bijak berbelanja pula tu. 

Terharu dan merasa bangga jugak sebab masih kecil lagi tapi mempunyai hati dan minda yang sungguh matang.

LAGI ARTIKEL MENARIK:- 




Mampukah Anda Seperti Ini? Kisah Seorang Pelajar Dan RM0.30 Sen Yang Sangat Menyentuh Hati! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.