Thursday, April 21, 2016

Luahan Sayu Ibu Nuriey Nadhirah Mangsa Maut Dipatuk Ular Bikin Sebak!!!

Beberapa hari lalu masyarakat digemparkan dengan berita seorang pelajar perempuan murid tahun satu yang dipatuk ular. Insiden tersebut mengundang maut apabila mangsa yang dikenali sebagai Nuriey Nadhirah Ruslan, 7 itu meninggal dunia di Klinik Kesihatan Pengkalan Chepa selepas menerima rawatan. 

Nuriey bagaimanapun sebelum itu, sempat meneruskan sesi pembelajaran di kelas selama sejam sebelum didapati letih serta tidak bermaya dan keadaannya itu hanya disedari rakannya yang kemudian melaporkan kepada guru.


Kejadian yang sama juga berlaku apabila GEMPAR! Selepas Murid Tahun Satu, Kini Murid Tahun Dua Pula Dipatuk Ular namun kini mangsa dilaporkan oleh pihak hospital murid berkenaan kini berada dalam keadaan stabil.


Mayat jenazah Allahyarham Nuriey Nadhirah Ruslan, 7 selamat dikebumikan pagi semalam di Tanah Perkuburan Kampung Che Latiff.

Berkongsi perasaan atas kejadian yang menimpa, menurut ibu Nuriey, Wan Nur Izatul Azwana Wan Mohamad, 28, walaupun masih sedih dengan kejadian menimpa anak sulungnya itu, namun dia reda dengan pemergiannya.
“Saya terkilan dan pada mulanya agak terkejut dengan kejadian itu, sebab pagi kelmarin saya yang hantar dia ke sekolah dan keadaannya seperti biasa riang dan tiada tanda-tanda pelik.
“Walaupun masih sedih, namun saya terima ketentuan qada dan qadar dan mendoakan rohnya dicucuri rahmat,” katanya.
Sementara itu datuk Nuriey, Wan Mohamad Ibrahim, 57, berkata, kematian cucu sulung kesayangannya itu beri kesan kepada keluarga.
“Nuriey aktif dan periang dan tidak pernah susahkan keluarga.
“Dia juga rapat dengan saya sebab sejak kecil dia tinggal dengan saya. Apa pun kami sekeluarga tetap menerima apa yang berlaku dengan tabah biarpun berat, namun segala-galanya telah selesai dan dia selamat dikebumikan dan harapan kami moga rohnya tenang di sana,” katanya.
LAGI ARTIKEL MENARIK:-

1)  Punya Pengikut Ramai Di Media Sosial, Ini Respon Slumber Dari Amran Fans!

2) Undang Padah! Berang Isteri Diro9ol, Suami Bertindak Di Luar Kawalan Terhadap Perogol

3) Majlis Simple, Hantaran Tiada Tapi Pernikahan Saya Tak Kekal - Luahan Sayu Wanita Ini Bikin Sebak!

Luahan Sayu Ibu Nuriey Nadhirah Mangsa Maut Dipatuk Ular Bikin Sebak!!! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.