Wednesday, April 27, 2016

Liyana Jasmay Akui Serik Keluar Bersendirian!

Pelakon Liyana Jasmay mendedahkan pernah diekori oleh peminat fanatik sehingga menyebabkan dia takut untuk keluar bersendirian.

Kejadian itu berlaku ketika beliau berkunjung ke Sabah untuk melawat suaminya.



Menurut Liyana Jasmay, dia tidak akan melupakan pengalaman tersebut diekori peminat ketika keluar membeli-belah di negeri itu.
“Suami memang bekerja di Sabah dan adakalanya jika tidak sibuk saya akan melawat dia di sana dan hanya duduk di rumah.
“Kalau nak keluar sorang-sorang tu saya rasa sedikit takut sebab pernah ada pengalaman buruk ketika saya sedang membeli-belah.
“Bayangkan sedang sibuk membeli barang, saya diekori oleh orang yang tidak dikenali dan itu membuatkan saya serik.
"Selepas daripada kejadian itu, memang saya tak berani nak keluar sendirian lagi," katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Tambah Liyana lagi dia juga hairan kerana suaminya turut menjadi mangsa peminat fanatik apabila ada diantara mereka yang tidak melepaskan peluang untuk bergambar bersama suaminya sedangkan suaminya itu bukan selebriti terkenal.
“Saya terkejut, walaupun suami saya bukan selebriti terkenal tapi ada juga orang yang nak bergambar dengan dia.
“Rasa kesian juga lihat dia begitu, tapi tak sangka pula orang Sabah kenal yang dia adalah suami saya.
“Gambar yang mereka ambil tu kemudiannya ditagkan pada saya di laman sosial dan mereka kata kalau tak dapat bergambar dengan Liyana Jasmay, dengan suami pun jadilah,” ujarnya.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, selain bakal muncul dengan lagu baru berjudul Oh Na Na tidak lama lagi, Liyana Jasmay juga sibuk dengan perniagaan pakaian di bawah jenama Mermaid Store.

Liyana Jasmay Akui Serik Keluar Bersendirian! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.