Monday, April 11, 2016

Lagi Kes Kemalangan NGERI Di LPT2! Dua Sepupu MAUT, TAKZIAH!

KEMAMAN - Dua sepupu maut selepas lori yang dinaiki mereka terbabas dan merempuh besi penghadang jalan di Km282.6 Lebuhraya Pantai Timur 2, semalam.

Dalam kejadian kira-kira 5.15 petang itu, Jailani Jusoh, 26, yang memandu lori dan sepupunya Muhamad Safwan Abu Bakar ,18, terbunuh di lokasi kejadian.



Susulan rempuhan itu, lori membawa muatan barangan elektrik itu terbalik dan menyebabkan kedua-duanya tercampak ke atas jalan.

Ketua Polis Daerah Kemaman Superintendan Mohd Said Ibrahim ketika dihubungi Bernama mengesahkan kejadian itu dan berkata punca kemalangan sedang disiasat.

Sumber Sinar Harian

Lagi Kes Kemalangan NGERI Di LPT2! Dua Sepupu MAUT, TAKZIAH! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.