Thursday, April 28, 2016

Kisah Disebalik Pelajar Putus Tangan Disedut Mesin Pam Angin Didedahkan!

KUALA LUMPUR - Seorang pelajar sekolah menengah di Perak dilaporkan putus tangan kanan manakala tangan dan kaki kirinya patah selepas disedut mesin pam angin, Selasa lalu.

Dalam kejadian kira-kira 9.30 malam itu, pelajar tingkatan dua itu dilaporkan sedang bekerja di sebuah bangsal ternakan ayam di Sungai Bayor, Selama, Perak.



Difahamkan, tangan kanan mangsa terkena mesin pam angin di bangsal sebelum tangannya disedut dan putus terkena bilah kipas dalam mesin berkenaan.

Bapa mangsa, Mohd Rosdi Mat Shohor, 46, pekerja kilang di Bukit Mertajam, Pulau Pinang, tidak mengetahui punca sebenar kemalangan menimpa anak kedua dari tujuh beradik itu kerana Mohd Syafiq mengalami trauma sebaik menyedari tangan kanannya hilang.
"Dia dihantar ke Hospital Selama sebelum dipindahkan ke Hospital Taiping. Tidak lama selepas itu, doktor mengambil keputusan memindahkannya ke Hospital Kuala Lumpur.
"Dia masih meracau kerana terkejut dengan kehilangan tangan kanan, patah tangan dan kaki kiri serta mengalami keretakan pada kepala," katanya.

Mohd Rosdi berkata, anaknya bekerja di reban ayam berkenaan kerana memahami kesusahan keluarga dan ingin membantu meringankan tanggungan.
"Saya terduduk apabila mendapat dapat tahu kemalangan yang menimpa anak saya. Saya rasa bersalah tetapi harus reda dengan takdir Tuhan," katanya.
Mereka yang ingin menghulurkan bantuan boleh menghubungi Rosdi di talian 019-5287751.

Kisah Disebalik Pelajar Putus Tangan Disedut Mesin Pam Angin Didedahkan! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.