Wednesday, April 20, 2016

KINI TERBONGKAR! Polis Dedah FAKTOR UTAMA Kes Cubaan Bunuh Komando

Beberapa hari lalu seorang anggota komando Rejiman 11 Gerak Khas Kem Sungai Udang ditemui cedera teruk di bahagian muka dengan tangan kanan digari pada kaki kiri di Sungai Timun, Lubuh China.

Polis sehingga kini giat memburu keempat-empat suspek yang menghilangkan diri dan dipercayai anggota tentera.
Punca sebenar insiden tersebut tidak dapat dipastikan sehinggalah hasil siasatan awal pihak polis telah mengenal pasti faktor wanita adalah sebagai punca utama.

Ketua Polis negeri, Datuk Ramli Din berkata, pihak polis kini sudah mengenal pasti empat suspek yang dipercayai telah terlibat dalam kejadian berkenaan tetapi sehingga kini belum ada tangkapan dibuat.
"Kita sudah mengesan empat suspek berusia 30-an itu dan polis percaya mereka juga bertugas di dalam kem yang sama dengan mangsa.
"Polis meminta semua suspek segera menyerah diri," katanya.

Sebelum ini, Koperal Mohd Daud Karim, 26, telah dijumpai oleh penduduk kampung di dalam Sungai Timun dalam keadaan cedera parah di muka dengan tangan kanan dan kaki kiri bergari selepas dipukul sebelum dihumban ke dalam Sungai berkenaan.

Mangsa telah dipukul di bahagian kepala menggunakan objek tumpul seperti kayu dan bata oleh keempat-empat suspek di Taman Peruna, Sungai Udang, sebelum dipaksa memasuki sebuah kenderaan.

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh. 

KINI TERBONGKAR! Polis Dedah FAKTOR UTAMA Kes Cubaan Bunuh Komando Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.