Sunday, April 17, 2016

Kerajaan Negeri Terengganu Jadikan Nina Grace Sebagai Anak Angkat

PERMAISURI: Kerajaan negeri Terengganu hari ini telah mengumumkan Woo Nina Grace atau nama Islamnya, Nur Nina Farisha, 19, telah menjadi anak angkat kerajaan negeri.

Menurut Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman, keputusan itu dibuat kerana Nina perlu diberi bimbingan sepenuhnya bagi mendalami Islam supaya sentiasa berada di landasan yang betul.



Menurut beliau, anak kacukan Filipina ini perlu diberikan kemudahan dan bimbingan sewajarnya bagi mempelajari ilmu agama secara mendalam.
"Kerajaan negeri melalui Jabatan Hal Ehwal Agama Islam (JHEAT) akan membantu urusan dan keperluan Nur Nina Farisha dalam perkara ini, termasuk memberi bimbingan agama kerana dia amat berminat dengan Islam. 
"Sebagai saudara baru, dia perlu diberi sokongan kerana banyak perkara akan ditempuhinya," katanya.
Nina sebelum ini telah melafazkan Syahadah di hadapan 45 ribu orang hadirin yang dipimpin oleh penceramah terkenal, Dr Zakir Naik di dalam majlis ceramah umum bertajuk 'Muslim Choice - Da'wah Or Destruction' di Kemaman selepas berpuas hati dengan jawapan diberikan pendakwah berkenaan. Saksikan menerusi (VIDEO) Detik Bermakna Gadis Kristian, Nina Grace Peluk Islam Dalam Ceramah Dr Zakir Naik!

Sumber Berita Harian

Kerajaan Negeri Terengganu Jadikan Nina Grace Sebagai Anak Angkat Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.