Monday, April 4, 2016

Kecoh Tudung Fareeda Dikritik Netizen, Ini Nasihat PEDAS Da'i Wan Boleh Buat Fizo Omar Dan Mawar Masak !!!

Sejak beberapa hari lalu menjadi viral dilaman sosial dengan satu video yang memaparkan gelagat peminat fanatik tudung Fareeda yang 'merusuh' depan butik mereka semata-mata ingin mendapatkan koleksi tudung Fareeda Sweet Love bahkan ratusan pelanggan sanggup bersesak, berhimpit dan tolak-menolak sambil menjerit antara satu sama lain.


Keadaan semakin kecoh berikutan kenyataan Wardina Safiyyah yang tampil meghentam layanan yang diberikan oleh butik Mawar. Nampaknya tidak terhenti disitu apabila isu ini telah menarik perhatian Da'i Wan untuk turut tampil membahaskan isu ini.


Ikuti komen panas beliau!

Kes Viral Tudung Fareeda.

Akhirnya.

Saat yang saya tunggu dah tiba. Saya rasa inilah waktu yang paling sesuai untuk saya berikan teguran hit.

Saya dah lama simpan point ini, dan hari ini saya nak warwarkan pada semua rakyat Malaysia. Tolong bantu saya hitkan post ini.

Ada satu benda yang kita terlepas pandang sebenarnya. Kita rakyat Malaysia ini selalu menyanjungi satu benda bukan pada tempatnya.

Lihat seorang Jutawan Kosmetik bersedekah, pemurah, suka menderma, kaya raya, kita anggap dia berjaya. Kita 'Admire' dia. Kita sanjung dia.

Inilah kata Nabi "Wahn" penyakit cinta dunia. Kita sanjung orang yang berjaya dalam hal keduniaan, sedang mereka tidak sepenuhnya menjaga syariat Allah SWT.

Mekap melebihi segala, tudung tidak cukup labuhnya, dan baju glamour nak melambangkan status dan kekayaan, bersalaman dengan berlainan jantina, berurusan dengan kekotoran politik.

Saya tanya.

Wajarkah kita letakkan kekaguman kita pada orang yang tidak utamakan Allah SWT meskipun dia berjaya dalam dunia ini. Dia kaya, dia berjaya, dia pemurah. Itu ukurannya ke? Mana pergi rasa agung syariat Allah SWT dalam hidup kita Tuan Puan semua, mana? Kalau dia hormat syariat Allah, walaupun dia tak berjaya, kaya raya, saya bagitahu terus terang, orang itu tidak layak diberi penghormatan daripada yang kaya dunia tapi gagal dalam mengikut syariat Allah.

Saya tegur jelas.

Sebab saya nampak betapa mata kita-kita ini kelabu. Kelabu dengan kekayaan, harta benda dunia dan duit. Kita hanyut dengan keduniaan, lihatlah kita sanggup berlanggar, berebut dan bersanggah satu dengan yang lain hanya untuk mendapatkan sehelai tudung dengan harga promosi.

"Tudung Fareeda juga saya tegur secara amnya, masih belum sempurna labuhnya dari sudut syariat. Sila labuhkannya Akak Fareeda yang dikasihi."

Saya Da'i Wan, setuju dengan kenyataan Akak Wardina Safiyyah: Sepatutnya pihak pengurusan termasuk pengasas dan abang Fizo Omar sewaktu itu berusaha menyelesaikan hal keramaian dengan cara pengagihan yang lebih teliti. Lihat macam mana kalian tidak tersentuh langsung sedangkan dibelakang sana perempuan dan lelaki tolak menolak satu sama lain, jangan nak cakap pasal ikhtilat, jauh api dari panggang untuk diambil kira, buat saya terpana betapa "Public Figure" begitu tinggi dan tidak boleh disentuh kedudukan dia rupanya. Senang lenang sahaja? Sedangkan yang memajukan mereka itu datang dari poket orang yang bernama "Tribe" penyokong tegar. Kalau tidak? Tidak ada.

Ingat. Pada semua pengasas produk atau barang-barang kecantikan. Anda bertanggungjawab dalam apa yang anda jualkan, dalam apa yang anda uruskan, dalam apa yang anda paparkan.

Sebab itu Saidina Uthman dengan Abdul Rahman Aibn Affan Radhuma antara orang terakhir dihitung amalnya, banyak sangat urusan harta dengan manusia lain, Nabi pun keluh saat bagitahu pada mereka.

Pada makcik dan akak diluar sana sudahlah. Bersederhanalah dalam mengejar segala design tudung ini. Tolonglah. Tolonglah letakkan syariat Allah SWT sebagai yang utama. Ia memudahkan lagikan.

Tengoklah labuh tudung itu sebelum nak berebut, tengoklah laki dan perempuan ditempat ketika membeli itu, jagalah, kita ada agama kan, ke kita ada dunia sahaja? Tengoklah duit dikocek masing-masing, ukur baju pada badan sendiri. Mengapa, mengapa perlu rebutkan benda-benda yang sentiasa akan ada ciptaan lebih baik dan baik pada masa kan datang? Tudung tu akan habis, tapi masa akan datang akan ada yang baru, yang lagi menarik, yang lagi sesuai, kita tahukan? Asal nak kejar sampai kita sanggup jadi seolah lembu yang dicucuk talinya pada hidung. Berapa sahaja harganya terus sahaja kita beli.

Nak buat apa tudung cantik glamour begitu? Untuk keselesaankah? atau untuk dipakai buat halwa mata orang luar melihat?

Check hati kita, adakah sudah memiliki penyakit "Wahn"?

Tepuk dada tanya iman.

Last but not least, saya tegaskan sekali lagi!

Janganlah kita menyanjung orang yang bukan pada tempatnya. Bersederhanalah. Cukuplah cinta dunia yang tak berkesudahan. Cukup. Orang yang tidak letakkan syariat Allah sebagai yang pertama dalam hidup dia, kita tak boleh 'Admire'. Fahamkan itu.

P/s: Abang Fizo Omar dan Kak Mawar, sila terima teguran dengan terbuka itu, itu tanda kita tidak riak. Kami tegur untuk perubahan yang lebih baik.

Ikhlas Da'i Wan.

LAGI ARTIKEL MENARIK:-


Kecoh Tudung Fareeda Dikritik Netizen, Ini Nasihat PEDAS Da'i Wan Boleh Buat Fizo Omar Dan Mawar Masak !!! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.