Tuesday, April 12, 2016

Kecoh Suami Panjat Kereta Bekas Isteri Jadi Viral, Keluarga Pihak Lelaki Tampil 'Buka Mulut' Hentam Netizen!

Beberapa hari lalu menjadi viral di laman sosial dengan sebuah rakaman video memaparkan seorang lelaki bertindak memanjat kereta dipercayai milik bekas isteri.

Menyedari insiden itu menjadi bualan hangat di media sosial, pihak keluarga lelaki tersebut meminta orang ramai berhenti dari menyebarkannya.



Seorang ahli keluarga yang menghubungi Sinar Harian merayu kerjasama orang ramai bagi menghentikan fitnah yang tersebar.
“Lelaki itu dan isterinya hidup bahagia sekarang, insiden itu hanya satu perselisihan faham kecil dan sudah selesai.
"Jadi tolong hentikan fitnah ini kerana perkara ini menyebabkan keluarga mendapat malu,” katanya.
Menurut individu itu lagi, dia juga tahu siapa yang bertindak merakam dan menyebarkan video berkenaan kepada umum.
“Saya mahu orang yang rakam dan sebar video berkenaan memohon maaf secara terbuka kepada keluarga kami atau dia akan berdepan tindakan undang-undang.
“Sekali kita buka aib orang, beribu kali tuhan akan buka aib kita, balasan ALLAH amat pasti...fitnah lagi bahaya dari membunuh...,” katanya.
Menurutnya lagi, dia juga mempersoalkan apakah individu yang merakam dan menyebarkan video berkenaan tidak berasa malu dengan perbuatannya itu.

Pihaknya yakin video itu sengaja disebar untuk memalukan keluarga lelaki itu.

Kecoh Suami Panjat Kereta Bekas Isteri Jadi Viral, Keluarga Pihak Lelaki Tampil 'Buka Mulut' Hentam Netizen! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.