Monday, April 25, 2016

KECOH! Kali Ini Instagram Jihan Muse Pula Digodam, Hilang 1 Juta Pengikut

Makin menjadi-jadi pula isu media sosial digodam oleh individu tidak bertanggungjawab! Jika terdahulu kecoh akaun Instagram milik pelakon Emma Maembong, Wawa Zainal, Mia Ahmad, kini Jihan Musa yang menjadi mangsa apabila beliau telah kehilangan sehingga 1 juta pengikutnya.



Menurut Jihan, kejadia itu hanya disedari pagi tadi setelah semua gambar dan pengikutnya yang sudah mencecah 1 juta telah hilang sekelip mata. Malah akaunnya juga turut dicemari dengan video-video lucah yang ditinggalkan oleh individu terbabit.


Jelasnya lagi, sebelum ini beliau mendapat emel yang meminta untuk mengesahkan akaun Instagramnya bagi mendapat bluetick. Kononnya ingin menyelamatkan akaun media sosialnya, Jihan mematuhi arahan terbabit dan secara tiba-tiba semua gambar dan pengikutnya hilang.



Diharap selepas ini, selebriti lain perlu lebih berhati-hati mengendalikan akaun media sosial masing-masing.

KECOH! Kali Ini Instagram Jihan Muse Pula Digodam, Hilang 1 Juta Pengikut Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.