Monday, April 18, 2016

KECOH! 3 Lagi Sekolah Di Kota Baru Diserang Histeria

KOTA BARU: Kejadian histeria kini dilihat seolah-olah menjadi 'wabak' apabila terdapat tiga lagi sekolah di sini terjejas akibatnya sejak minggu lalu.


Terbaharu, tiga sekolah yang diserang histeria ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pengkalan Chepa 1 (lima pelajar perempuan), SMK Kemumin (20 pelajar) dan SMK Kubang Kerman 3 (lapan pelajar).


Pentadbiran sekolah SMK Pengkalan Chepa 1 berjaya mengawal keadaan dengan menghantar pelajar terbabit ke rumah masing-masing bagi mengelakkan ia menjejaskan pelajar lain.

Seorang ketua pelajar yang enggan namanya disiarkan mengesahkan bahawa pelajar berkenaan diserang histeria.

Sementara itu di SMK Kemumin, 20 pelajar perempuan yang diserang histeria turut segera dihantar pulang.

Semakan di sekolah itu pada pukul 8 pagi Isnin menunjukkan kumpulan pelajar berkumpul untuk membaca ayat-ayat suci al-Quran dalam usaha untuk membersihkan roh-roh jahat dari sekolah.

Sumber Mstar Online

KECOH! 3 Lagi Sekolah Di Kota Baru Diserang Histeria Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.