Wednesday, April 20, 2016

Jenazah Murid Tahun Satu Maut Dipatuk Ular SELAMAT DIKEBUMIKAN!

KOTA BHARU- Suasana hiba menyelubungi perkarangan Tanah Perkuburan Islam Che Latiff, Jalan Kuala Besar Pantai Cahaya Bulan sebaik sahaja jenazah Nuriey Nadhirah Ruslan dikebumikan pada pukul 9.45 pagi tadi.

Pengebumian murid tahun satu Sekolah Kebangsaan (SK) Dato' Hashim, Pengkalan Chepa tersebut dihadiri kira-kira 100 orang termasuk ahli keluarga, saudara mara, pihak sekolah dan kenalan terdekat.

Artikel menarik:- Misteri Murid Dipatuk Ular Beri Tindak Balas Sewaktu Proses Pemandian Jenazah Terjawab!


Ibu mangsa, Wan Nor Izzatul Azwana Wan Mohamad, 28, berkata, dia kesal dengan penyebaran viral mengenai dakwaan anaknya konon 'hidup semula' seperti yang tersebar dalam laman sosial Facebook dan aplikasi WhatsApp sejak awal malam tadi.


Katanya, dia berharap penyebaran viral itu dihentikan serta-merta selain gambar jenazah anaknya yang diambil seseorang di Klinik Kesihatan Pengkalan Chepa dipadamkan segera.
"Hari ini, syukur alhamdulilah segala urusan pengebumian berjalan dengan lancar.
"Walaupun saya dan keluarga masih terkilan dengan kejadian ini namun saya reda.
"Saya harap orang ramai menghentikan segala penyebaran kematian Nuriey kerana ia bukan sahaja mengaibkan kami sekeluarga malah hidup kami tidak tenang," katanya ketika ditemui selepas pengebumian itu di Tanah Perkuburan Che Latiff, Pantai Cahaya Bulan di sini hari ini.

Beliau turut mengakui kematian anaknya itu disebabkan oleh gigitan ular di sekolah berdasarkan kesan pada betis kiri anaknya sebaik doktor menjalankan pemeriksaan ke atas mayatnya.

Sementara itu datuk mangsa, Wan Mohamad Ibrahim, 57, berkata, cucunya adalah anak kesayangan keluarga kerana merupakan cucu pertama daripada tiga cucunya.


Beliau berkata, dia masih bersedih atas pemergian cucunya itu kerana dia seorang yang manja dan cerdik serta tidak pernah menyusahkan ahli keluarga lain.

Sumber Kosmo Online

Jenazah Murid Tahun Satu Maut Dipatuk Ular SELAMAT DIKEBUMIKAN! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.