Tuesday, April 26, 2016

Isu Kehamilan Tersebar, Ini Penjelasan Syatilla Melvin!

Baru beberapa bulan mendirikan rumah tangga, nampaknya nama pelakon Syatilla Melvin kini menjadi bualan apabila didakwa dia sedang hamil. Bagaimanapun, empunya badan tampil menafikan hal tersebut dan mendakwa berita yang tersebar menerusi sebuah blog menyatakan kononnya beliau sedang hamil adalah fitnah yang sengaja dilakukan bagi menjatuhkan reputasinya dan suami, Shaheizy Sam.



Menurut Syatilla atau nama sebenarnya Siti Nur Syatilla Amirul Melvin, 25, apa yang menyebabkan dia kesal apabila pihak tidak bertanggungjawab itu menggunakan nama mereka demi mengaut keuntungan semata-mata untuk mengejar 'rating' jika blog mereka dibaca ramai orang.
"Pada saya ia bukan satu doa untuk kami sebaliknya mereka sengaja membuat fitnah demi mengaut keuntungan apabila ada pembaca yang klik berita berkenaan.
"Ini bukan kali pertama blog sama membuat fitnah terhadap saya tetapi kali ini saya bersuara kerana ia boleh mengundang masalah selain ia menjatuhkan reputasi kami berdua.
"Bayangkan keluarga kami yang baca dan tidak tahu apa-apa mengenainya mungkin mereka akan salah faham terhadap kami," katanya.

Tambahnya buat masa ini dia tidak berniat untuk mengambil sebarang tindakan kerana enggan melayan sikap individu yang tidak bertanggungjawab.

Dalam pada itu, bercakap mengenai pengalaman setelah mendirikan rumah tangga, Syatilla berkata, dia jarang dapat meluangkan masa bersama Sam kerana kesibukan aktor berkenaan di lokasi penggambaran sejak mereka berkahwin.


Bagaimanapun tidak berkecil hati sering ditinggalkan suaminya itu kerana memahami karier Sam dan sudah terbiasa dengan keadaan itu sebelum mereka berkahwin lagi.
"Alhamdulillah semuanya okey cuma terlalu baharu hendak bercakap mengenai perkara itu kerana kami jarang dapat meluangkan masa bersama.
"Ini kerana Sam sangat sibuk di lokasi penggambaran tetapi saya tiada masalah dan jika ada masa terluang saya akan melawatnya di lokasi atau mengikutnya jika ada penggambaran di luar kawasan," ujarnya.

Sementara itu, Syatilla berkata, bagi mengelakkan dirinya bosan dia ada menerima tawaran berlakon tetapi tidak serancak dahulu kerana Sam ingin dia mengurangkan aktiviti lakonan.
"Jika Sam tiada baharulah saya akan ambil tawaran dan menghadiri majlis kerana sekurang-kurangnya saya tidak berasa terlalu bosan.
"Bagaimanapun saya masih berpegang pada permintaan suami agar memperlahankan karier seni selepas berkahwin," ujarnya.

Untuk info, Sam dan Syatilla berkahwin pada 8 Februari lalu pada sebuah majlis yang diadakan di Pulau Pinang.

LAGI ARTIKEL MENARIK:-



Isu Kehamilan Tersebar, Ini Penjelasan Syatilla Melvin! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.