Monday, April 4, 2016

Identiti Sebenar Kes Penculikan Anak Kapal Malaysia Terbongkar!

KOTA KINABALU: Seorang penjenayah veteran rentas sempadan yang lebih dikenali sebagai Apo Mike dipercayai mengetuai penculikan empat anak kapal Malaysia di sempadan antarabangsa berhampiran Pulau Ligitan, Semporna.


Suspek utama, yang mempunyai banyak nama samaran itu diketahui oleh perisikan Filipina dan Malaysia dan dipercayai cuba menyelinap masuk ke kubu kuat Abu Sayyaf di Jolo bersama dengan tebusan, ketika tentera laut kini mempertingkatkan tahap keselamatan di sekitar pulau itu.

Sumber-sumber memberitahu The Star bahawa penculik-penculik itu adalah antara kumpulan rentas sempadan yang diketahui beroperasi di pulau-pulau di sepanjang kepulauan Tawi-Tawi, yang berkongsi sempadan dengan pantai timur Sabah.

Identiti Sebenar Kes Penculikan Anak Kapal Malaysia Terbongkar!

Walau bagaimanapun, mereka enggan mendedahkan butiran lanjut kerana pihak berkuasa Filipina sedang berusaha menggagalkan hasrat kumpulan itu untuk keluar dari Tawi Tawi untuk ke Jolo.

Menurut sumber, kumpulan itu tidak berkerjasama dengan kumpulan Muqtadir bersaudara yang lebih terkenal dan bertanggungjawab terhadap sekurang-kurangnya enam penculikan.

Pihak berkuasa di kedua-dua belah sempadan menunjukkan bahawa mereka tidak mempunyai sebarang maklumat mengenai di mana lelaki bersenjata dan mangsa berada serta tidak ada panggilan tebusan dibuat dalam tempoh 48 jam lepas sejak empat lelaki itu diculik.

Empat rakyat Malaysia - Wong Hung Sing, 34, Wong Teck Kang, 31, Wong Teck Chii, 29 dan Johnny Lau Jung Hien, 21, kesemua mereka dari Sarawak telah diculik dari kapal tunda MV Massive 6 yang dalam perjalanan kembali ke Tawau selepas menghantar kargo kayu balak di Manila kira-kira pukul 6.15 petang hari Jumaat.

Kumpulan lelaki bersenjata itu yang menggunakan bahasa Inggeris/ Tagalog untuk bercakap meninggalkan tiga anak kapal warga Myanmar dan dua anak kapal Indonesia di belakang sebelum melarikan diri ke arah Filipina dengan sebuah bot laju berkuasa tinggi berwarna kelabu.

Anak-anak kapal itu kemudiannya segera memaklumkan pegawai-pegawai syarikat di Miri kira-kira jam 7 malam  Jumaat.

Menurut Ketua Polis Tawi-Tawi Sr Supertintendan Elizalde Quiboyen, mereka tidak menerima sebarang laporan daripada penduduk kampung di pulau-pulau di situ tentang sebarang pendaratan penculik dan mangsa.

Jurucakap Komander Western Mindanao (Westmincom) Major Filemon Tan Jr hanya berkata operasi mencari telah dilancarkan di kawasan Tawi-Tawi dan Sulu.

Beliau berkata mereka sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa Malaysia berhubung penculikan itu yang berlaku hampir seminggu selepas kumpuylan lelaki bersenjata Abu Sayyaf menculik 10 anak kapal tunda Indonesia dan membawa mereka ke Jolo.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Abdul Rashid Harun juga berkata tidak ada tanda penculik atau tebusan mereka berada di perairan Sabah atau berdekatan.

Polis di Tawau terus merekodkan kenyataan daripada anak kapal.

Sumber Mstar Online

Identiti Sebenar Kes Penculikan Anak Kapal Malaysia Terbongkar! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.