Tuesday, April 5, 2016

GEMPAR! Punca Berlaku Letupan Di Mid Valley Terbongkar (GAMBAR)

SHAH ALAM - Dua letupan kecil di laporkan berlaku disebabkan oleh letupan gas di kedai makanan dan minuman yang terletak di Mid Valley Megamall sekitar jam 9.45 pagi tadi.


GEMPAR! Punca Berlaku Letupan Di Mid Valley Terbongkar

Kejadian berkenaan disahkan oleh pihak pengurusan Mid Valley Megamall melalui kemas kini status di laman sosial Facebook rasmi mereka.


Difahamkan, letupan kecil tersebut berlaku disebabkan oleh kerja-kerja pemasangan semula sistem gas petroleum cecair (LPG).
"Tiada sebarang kematian dilaporkan berlaku akibat daripada letupan tersebut dan pekerja penyelenggaraan, kontraktor LPG dan kakitangan penyewa di pusat membeli-belah terbabit hanya mengalami kecederaan ringan malah bantuan perubatan juga telah diberikan kepada mereka," tulis pihak pengurusan Mid Valley.

Selain itu, pihak pengurusan Mid Valley Megamall turut memaklumkan bahawa mereka kini sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa berkaitan serta turut menutup semua sistem gas di pusat membeli belah terbabit sehingga dimaklumkan kelak.
"Pusat membeli-belah terbabit juga akan dibuka semula kepada orang awam dan segala maklumat terkini akan dimaklumkan selepas ini,” katanya.

Dalam pada itu, pihak pengurusan Mid Valley Megamall turut memohon maaf di atas segala kesulitan yang berlaku dan aspek keselamatan juga akan diberi keutamaan  demi kesejahteraan penyewa dan pengunjung di sini.

GEMPAR! Punca Berlaku Letupan Di Mid Valley Terbongkar (GAMBAR) Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.