Monday, April 11, 2016

GEMPAR! Militan Rancang Serangan Kedua Terhadap Paris

BRUSSELS: Militan yang menyerang Brussels dan membunuh 32 orang bulan lalu pada awalnya merancang serangan kedua di Paris susulan serangan pertama pada November lalu di ibu kota Perancis itu. 

Bagaimanapun, mereka terkejut dengan kepantasan siasatan dan memutuskan untuk segera menyerang Brussels daripada berpatah balik ke Perancis, menurut Pejabat Pendakwa Raya Persekutuan Belgium dalam satu kenyataan.


Ia tidak memberikan butiran lanjut mengenai rancangan serangan kedua di Paris atau sasarannya. 

Perancis dan Belgium memberi amaran sudah tiada lagi masa untuk berehat biarpun banyak tangkapan dilakukan. 
"Ia adalah bukti baharu ancaman sebenar yang disasarkan terhadap Eropah dan Perancis," kata Perdana Menteri Perancis, Manuel Valls. 
Dua pengebom nekad membunuh 16 orang di Lapangan Terbang Brussels pada 22 Mac lalu manakala letupan di stesen kereta api bawah tanah Maelbeek turut mengorbankan 16 orang pada pagi sama. 


Penyiasat menemui kaitan antara rangkaian yang mendalangi serangan itu dan kumpulan yang membunuh 130 orang di Paris pada 13 November lalu. - Luahan Sayu Lelaki Susulan Tragedi Di Paris, Pasti Buat Anda Sentap!

GEMPAR! Militan Rancang Serangan Kedua Terhadap Paris Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.