Sunday, April 3, 2016

GEMPAR! Lagi Serpihan Pesawat Ditemui... Mungkinkah Misi Pencarian MH370 Bakal Berakhir??

KUALA LUMPUR: Serpihan pesawat dipercayai milik MH370 yang hilang lebih dua tahun lalu di Lautan Hindi, ditemui di sebuah pulau di Mauritius, Timur Afrika.


Agensi berita CNN dalam laporannya memaklumkan, serpihan pesawat itu ditemui oleh sepasang kekasih, Jean Dominique dan Suzy Vitry ketika bersiar-siar di pantai Pulau Rodrigues.

GEMPAR! Lagi Serpihan Pesawat Ditemui... Mungkinkah Misi Pencarian MH370 Bakal Berakhir??

Pasangan berkenaan yang berasal dari Pulau Reunion, lokasi penemuan flaperon MH370 Julai tahun lalu, kemudian menyerahkan serpihan tersebut kepada pengurusan Hotel Mourok Ebony untuk disimpan, sebelum memaklumkan penemuan itu kepada pihak berkuasa.

Dan O'Malley, jurucakap Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) memberitahu pihaknya sudah dimaklumkan mengenai penemuan itu dan menjangkakan siasatan seterusnya akan diketuai pihak berkuasa Malaysia.

Sumber Astro Awani

LAGI ARTIKEL MENARIK:-


GEMPAR! Lagi Serpihan Pesawat Ditemui... Mungkinkah Misi Pencarian MH370 Bakal Berakhir?? Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.