Thursday, April 28, 2016

GEMPAR! Kali Ini Murid Tahun 1 Pula Dipatuk Ular

JOHOR BAHRU - Seorang murid Tahun Satu Sekolah Kebangsaan (SK) Kota Masai 2, Pasir Gudang, di sini, dipatuk ular di tapak tangan kiri, di sekolahnya, petang semalam.

Bagaimanapun, keadaan Muhammad Ar Rayyan Nazlan Mohd Nasrul, 7, dilaporkan stabil dan kini masih menerima rawatan di Hospital Sultan Ismail (HSI), di sini.



Ibu mangsa, Hajar Norhafiza Ismail, 30, berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 3 petang semalam.

Menurutnya, dia difahamkan ketika anaknya seorang diri berada di tandas sekolah itu di tingkat tiga.
"Anak saya memaklumkan dia dipatuk ular bewarna hijau dan agak panjang. 
"Sejurus kejadian, dia terus memaklumkan kepada guru dan dihantar ke Klinik 1Malaysia sebelum ditukar ke sini (HSI).
"Rasa sangat terkejut, tetapi, alhamdulillah, saya bersyukur dia dalam keadaan selamat,"  katanya kepada Sinar Harian di HSI, di sini, hari ini.
Dalam pada itu, jurucakap Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) mengesahkan kejadian tersebut.

Sumber Sinar Harian

GEMPAR! Kali Ini Murid Tahun 1 Pula Dipatuk Ular Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.