Monday, April 18, 2016

Gempa Bumi Ecuador: Angka Kematian Terus Meningkat Kepada 246

QUITO: Angka kematian akibat gempa bumi kuat melanda Ecuador semalam meningkat kepada 246 orang manakala 2,527 lagi cedera, demikian menurut Naib Presiden Ecuador, Jorge Glas.

Angka terkini itu diberikan Glas ketika melawat kawasan yang musnah di pesisir pantai negara itu akibat gempa.

Sebelum ini angka rasmi yang dikeluarkan akibat gempa 7.8 magnitud itu ialah 235 terkorban manakala 1,557 lagi cedera.


Glas berkata, terdapat senarai panjang mangsa yang masih hilang dan usaha mencari sedang dilakukan pihak berkuasa.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan senarai mereka yang masih hilang dan berkata angka korban mungkin bertambah.

Sumber Berita Harian

Gempa Bumi Ecuador: Angka Kematian Terus Meningkat Kepada 246 Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.