Sunday, April 3, 2016

Gambar Selfie Seram Kini Jadi Viral Di Luar Negara

Sejak beberapa hari lalu, menjadi viral di laman sosial dengan gambar selfie pasangan suami isteri yang mana bukan sahaja di portal tempatan tetapi juga di antarabangsa. 

Tapi apa yang peliknya dengan selfie mereka?

Kalau anda lihat sekali imbas memang tak ada pelik dan cacat celanya. Tapi bila tengok pantulan pada cermin di belakang mereka memang terkejut beruk dibuatnya. 


Gambar Selfie Seram Kini Jadi Viral Di Luar Negara

Kami tak tahu lah kesahihan gambar ini. Tetapi mengerikan bila gambar selfie yang membelakangkan cermin, bila tengok pada cermin wajah yang perempuan mengadap cermin sedangkan lelaki masih dalam posisi yang sama. Seolah-olah ada ‘benda’ lain di cermin tersebut yang siap tersenyum sekali.

Gambar Selfie Seram Kini Jadi Viral Di Luar Negara

Untuk makluman, gambar ini sebenarnya sudah lama viral di Malaysia namun ianya mula tersebar secara meluas di luar negara apabila ia dimuat naik di laman perkongsian gambar, 9GAG, baru-baru ini.

Gambar tersebut kemudian menjadi bahan berita dari akhbar antarabangsa dari Rusia yang menyifatkan gambar tersebut sebagai gambar selfie paling menakutkan di dunia.

Sementara itu, turut mendapatkan perhatian dari portal berita Singapura, California dan beberapa negara lain.

Gambar Selfie Seram Kini Jadi Viral Di Luar Negara Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.