Thursday, April 21, 2016

Gambar Anzalna Nasir Dan Hanif Zaki Tunai Umrah Bersama Keluarga

Baru sahaja mendirikan rumah tangga pada 21 Februari lalu, pelakon Anzalna Nasir menyifatkan bahawa pengalaman pengalaman mengerjakan umrah bersama keluarga dan suami, Mohamad Hanif merupakan detik terindah buat dirinya.
“Berbulan madu sebenarnya bukan sekali saja. Saya percaya, setiap hari pun boleh jadi bulan madu untuk pasangan suami isteri. Selepas berkahwin, saya fikir tiada istilah berbulan madu. Saya dan suami boleh berbulan madu pada bila-bila masa”
“Namun, pengalaman mengerjakan umrah baru-baru ini cukup manis untuk dikenang. Alhamdulillah,” katanya. 
Artikel menarik:- MERIAHNYA! (Gambar) Sekitar Majlis Resepsi Kedua Perkahwinan Anzalna Nasir, Hanif Zaki


Anzalna dalam masa yang sama juga sempat menceritakan bahawa kehidupan selepas berkahwin merupakan sesuatu pengalaman yang amat manis.
“Sangat menyeronokkan. Saya banyak berehat kerana belum ada komitmen berlakon. Baru sekarang dapat merasa atau feel sebagai isteri. Saya seronok melakukan rutin sebagai suri rumah. Saya gembira dapat menjaga soal makanan dan pakaian suami”
Alhamdulillah, seronok tengok pasangan sweet ini, semoga perkahwinan yang dibina berkekalan hingga ke Jannah, Diharapkan Anzalna menjadi isteri yang terbaik buat suaminya begitu juga sebaliknya.







Gambar Anzalna Nasir Dan Hanif Zaki Tunai Umrah Bersama Keluarga Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.