Tuesday, April 12, 2016

Fizo Omar Luah Rasa KECEWA Peminat Fareeda Disamakan Dengan 'Ungkapan' Yang Tidak Sepatutnya!

Berikutan baru-baru ini video viral yang tersebar di laman sosial memaparkan orang ramai berebut-rebut 'merusuh' bagi merebut giliran untuk membeli tudung Fareeda.

Insiden itu menyebabkan Fizo dan isterinya, Mawar teruk dikritik netizen. Selain ada yang mempertikaikan layanan yang diberikan oleh butik Fareeda, tidak kurang juga ada pihak yang menyamakan peminat tudung Fareeda seperti haiwan.


Berikutan itu, Fizo Omar meluahkan rasa kecewa berhubung perkara itu.


Menurut Fizo, perkara itu agak keterlaluan apabila gelaran itu diberi berdasarkan video viral yang tersebar baru-baru ini tanpa mengetahui kejadian sebenar.
“Kalau kata pihak Fareeda melayan peminat kami seperti lembu, saya rasa perkataan itu agak kurang sesuai. Manusia tetap manusia dan mereka bukan binatang.
“Peminat adalah aset kami dan kerana sokongan mereka jugalah Fareeda berjaya hingga ke hari ini.
“Saya berasa kecewa apabila peminat Fareeda disama tarafkan dengan binatang oleh segelintir pihak dan saya rasa itu agak melampau.
“Situasi itu bukan kami yang rancang, kejadian itu berlaku di luar kawalan dan kami tidak berniat langsung untuk membuatkan keadaan itu jadi begitu.
“Tidak adil bagi segelintir pihak yang menilai kejadian itu hanya menerusi video, komen-komen di Facebook serta mendengar khabar angin tanpa mengetahui perkara sebenar dan terus memberikan ulasan dengan meletakkan taraf manusia sama seperti binatang itu adalah sangat tidak profesional,” katanya ketika ditemui pada sidang media Fareeda bertempat di Marriot Putrajaya pada Isnin.

Manusia ni selagi dia boleh bercakap, bersuara, selagi itulah dia akan berkata-kata. Buat Fizo Omar, bertabahlah, semoga insiden yang berlaku baru-baru ini dijadikan sebagai pengajaran untuk terus meningkatkan lagi mutu dan kualiti dalam bidang perniagaan pada masa akan datang.

LAGI ARTIKEL MENARIK:-

1) Respon Mengejutkan Diterima Oleh Da'i Wan Dari Fizo Omar Isu Kecoh Tudung Fareeda Buat Anda Terpana !!!

2) Kecoh Tudung Fareeda Dikritik Netizen, Ini Nasihat PEDAS Da'i Wan Boleh Buat Fizo Omar Dan Mawar Masak !!!

3) PANAS!! Tudung Fareeda 'CIPLAK' Jadi Viral, Ini Respon Fizo Omar Buat Netizen

Fizo Omar Luah Rasa KECEWA Peminat Fareeda Disamakan Dengan 'Ungkapan' Yang Tidak Sepatutnya! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.