Sunday, April 3, 2016

Fathia Latiff Redha Tawaran Lakonan Kurang Selepas Berhijab

Alhamdulillah! Hidayah itu milik Allah, tidak sia-sia doa peminat selama ini yang mendoakan supaya pelakon seksi Fathia Latiff berubah suatu hari nanti.

Terkini pelakon Fathia Latiff atau nama sebenarnya Nur Fathia Abdul Latiff, 28 mengakui dirinya sudah lama berhasrat untuk berhijab malah semenjak tahun lalu dirinya kerap tampil mengenakan hijab.


Fathia Latiff Redha Tawaran Lakonan Kurang Selepas Berhijab

Meskipun sebelum ini agak tidak yakin dengan keputusan yang dibuat namun keyakinan dan hidayah yang hadir sejak dua hari lalu membuatkan hatinya nekad untuk meneruskan hajat yang pernah tertangguh itu.
"Saya bersyukur diberikan Allah hidayah ketika usia masih muda. Perasaan untuk berhijab hadir secara tiba-tiba, bukan atas paksaan sesiapa atau kerana mengikut aliran apabila semakin ramai artis wanita menutup aurat. 
"Jujurnya, saya mula bertudung sebelum menjalani penggambaran sebuah drama di New York lagi. Ketika itu, hati saya tergerak untuk memulakan penghijrahan, tetapi saya harus melakukannya secara perlahan-lahan. Alhamdulillah, sejak dua hari lalu, saya sudah bertudung sepenuhnya," katanya.
Fathia Latiff Redha Tawaran Lakonan Kurang Selepas Berhijab

Fathia yang pernah popular menerusi drama Ariana Roze dan Dia Isteri Luar Biasa itu akur banyak pengorbanan yang harus dilakukan selepas mengambil keputusan untuk berhijab. Bagaimanapun, dia percaya pada rezeki yang ditentukan Tuhan.
"Saya mempunyai kontrak sebagai duta dengan beberapa syarikat. Jika ada rezeki dan penampilan baharu saya diterima, insya-Allah kontrak itu akan disambung. 
"Jika tiada rezeki, saya percaya Tuhan akan hadirkan sesuatu yang lebih baik nanti.
"Saya juga mungkin terpaksa menolak tawaran berlakon beberapa drama kerana imej baharu ini. Saya tidak kisah, namun untuk membuka tudung mungkin tidak sesekali," katanya.
Fathia Latiff Redha Tawaran Lakonan Kurang Selepas Berhijab

Fathia berkata, berkat penghijrahannya, dia sudah diberikan rezeki yang lain. Dia akan memulakan perniagaan tidak lama lagi. 
"Saya tidak sangka selepas menolak rezeki berlakon kerana penerbit meminta supaya tidak bertudung, saya dibukakan pintu untuk memasuki dunia perniagaan. 
"Saya akan membuka bisnes pakaian tidak lama lagi. Rezeki ini hadir selepas saya berniat untuk bertudung sepenuhnya," katanya.
Fathia Latiff Redha Tawaran Lakonan Kurang Selepas Berhijab 

Fathia Latiff Redha Tawaran Lakonan Kurang Selepas Berhijab Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.