Monday, April 4, 2016

Fasha Sandha Kongsi Rahsia Miliki Tubuh Cantik Menawan!

Sedia maklum kisah penceraian membabitkan pelakon Fasha Sandha dan bekas suaminya Jejai menggemparkan industri hiburan tanah air sekaligus menjadi bualan hangat dalam kalangan netizen.


Kelihatan kurus selepas bercerai, Fasha Sandha bermuram hati berkongsi rahsia untuk tampak kurus. Menurut Fasha, rahsia yang diamalkan untuk kelihatan ramping adalah dengan menyertai kelas Muay Thai.
“Dah hampir dua bulan saya sertai kelas Muay Thai. Memang banyak kurang berat badan saya. Saya target nak berat badan sekitar 50 hingga 55 kilogram, insya-Allah tercapai,” kata Fasha.

Tambah Fasha lagi, selain dapat mengekalkan bentuk tubuh badan, pelakon ini juga menyatakan bahawa ilmu Muay Thai juga membantunya apabila ada melibatkan babak-babak lakonan yang memerlukan dirinya beraksi sendiri.


Penulis turut bersimpati di atas apa yang menimpa ke atas Fasha Sandha, meskipun perit untuk ditelan, diharapkan semoga Fasha Sandha terus tabah jalani kehidupan seharian di hari mendatang.

Fasha Sandha Kongsi Rahsia Miliki Tubuh Cantik Menawan! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.