Sunday, April 10, 2016

EKSKLUSIF: Pengakuan Mengejutkan Hafidz Roshdi Ini Bikin Peminat Berputih Mata!!

Siapa yang tidak kenal dengan pemilik nama Hafidz Roshdi yang kini sedang meningkat naik dalam industri hiburan tanah air. Ditambah pula dengan lakonan mantap bersama pelakon terkenal Uqasha Senrose menerusi drama slot akasia Tundukkan Playboy Itu yang baru sahaja melabuhkan tirai minggu lalu. Apa macam ending dia? Best tak? Hihii!




Untuk pengetahuan, Hafidz Roshdi mengesahkan bahawa beliau sudah bertunang pada 5 Disember tahun lalu dengan seorang pelajar kolej swasta yang berasal dari Kedah.

Hafidz bertunang 5 Disember lalu di kediaman wanita itu di Kedah.
Menurut Hafidz atau nama sebenarnya Muhammad Hafidz Roshdi, 22, meskipun sudah mengikat tali pertunangan, dia tidak merancang untuk berkahwin dalam masa terdekat ditambah pula wanita itu juga masih menuntut pelajaran di peringkat ijazah.
"Saya sudah bertunang Disember tahun lalu dengan seorang wanita yang saya kenali sudah lima tahun semenjak kami di zaman sekolah lagi.
"Dia berasal dari Kedah dan kami merancang untuk berkahwin dalam setahun atau dua tahun lagi. Buat masa ini saya belum bersedia untuk mendedahkan identiti dia kepada umum termasuk di laman sosial," ujar Hafidz.

Hafidz berkata demikian ketika diminta mengulas tentang gambar pertunangannya yang tersebar di internet.

Semoga dipermudahkan urusan buat kedua pasangan ini!

EKSKLUSIF: Pengakuan Mengejutkan Hafidz Roshdi Ini Bikin Peminat Berputih Mata!! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.