Sunday, April 17, 2016

Dr Zakir Naik SANGKAL Dakwaan Hadir Ke Malaysia Cuba Cetus Perbalahan!

KUALA LUMPUR: Pendakwah ulung antarabangsa, Dr Zakir Naik menepis dakwaan segelintir pihak bahawa ceramahnya berbaur cauvinis dan cubaan untuk mencetuskan perbalahan pelbagai penganut agama di Malaysia. 



Sebaliknya, Zakir berkata kehadirannya di Malaysia bagi memberi ceramah sejak Khamis lalu bertujuan menyatupadukan segenap masyarakat dunia, tanpa mengira perbezaan pegangan agama, kaum dan bangsa. 
"Saya bukan datang sini untuk tabur fitnah atau cuba merendah-rendahkan kepercayaan agama lain, sebaliknya saya hanya ingin satukan semua bangsa dan agama. 
"Kenapa kita tidak melihat kepada persamaan, tetapi sibuk mementingkan perbezaan yang akhirnya membawa kepada perpecahan dan perbalahan dalam kalangan masyarakat dunia," katanya pada ceramahnya di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, di sini, semalam.
Yang turut hadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim; Mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan EXCO Pemuda UMNO, Dr Fathul Bari Mat Jahya. 

Lebih 35,000 hadir sejak jam 5 petang semalam bagi mendengar ceramah Dr Zakir yang juga Tokoh Maal Hijrah pada 2013.

Sumber Berita Harian

Dr Zakir Naik SANGKAL Dakwaan Hadir Ke Malaysia Cuba Cetus Perbalahan! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.