Tuesday, April 12, 2016

Dr Zakir Naik Diberi Kebenaran Boleh Teruskan Sesi Ceramah Di Melaka!

Kuala Lumpur: Pendakwah terkenal Dr Zakir Naik boleh meneruskan siri ceramah umumnya di Malaysia termasuk pada Sabtu dan Ahad ini, masing-masing di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil dan di Melaka.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim mengesahkan perkara itu dalam catatan terbaru di Facebooknya, sebentar tadi.



Beliau berkata, pihaknya mengadakan perbincangan bersama Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berhubung isu bantahan terhadap program ceramah oleh pendakwah dari India itu.
"Saya sudah berjumpa YAB TPM dan IGP (Ketua Polis Negara) dan bersetuju forum Dr Zakir Naik diteruskan. Mereka minta tajuk diubah dengan cara berhemah. Semoga Allah SWT memberkati," katanya.
Dr Zakir Naik berada di Malaysia bagi siri ceramahnya bermula 9 hingga 20 April di beberapa tempat seluruh negara dengan tajuk berbeza di setiap lokasi.

Khalid sebelum ini mengarahkan forum Dr Zakir Naik yang dijadualkan berlangsung di Melaka bertajuk 'Similarities Between Hinduism and Islam' (Persamaan antara agama Hindu dan Islam) dibatalkan.

Keputusan itu dibuat atas pertimbangan demi ketenteraman awam dan sensitiviti beragama di negara ini. - Tan Sri Khalid Tetap SYARAT Jika Dr Zakir Mahu Terus Beri Ceramah!

Bagaimanapun, pelbagai pihak tampil menyatakan sokongan supaya program ceramah umum itu diteruskan termasuk Perlis yang menawarkan tempat kepada Dr Zakir.

Sumber Harian Metro

Dr Zakir Naik Diberi Kebenaran Boleh Teruskan Sesi Ceramah Di Melaka! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.