Sunday, April 3, 2016

DJ Lin Kongsi Pengalaman Sepanjang Kendali Segmen Suria Cinta Termasuk... Mengejutkan!!

Jika terdahulu DJ Lin ada berkongsi mengenai dirinya yang mengalami trauma sepanjang bergelar Deejay apabila terima hadiah dari peminat misteri, kini lain pula ceritanya.

Penyampai radio DJ Lin mendedahkan kini beliau didekati oleh seorang pemuda yang jauh lebih muda darinya yang berusia 20 tahun.


DJ Lin Dedah Kini Didekati Peminat Usia 20 Tahun !

Menurut DJ Lin atau nama sebenarnya Roslinda Abd Majid, 20, ramai peminat yang cuba mendekatinya termasuklah golongan lelaki muda.
"Saya tidak nafikan, semenjak saya mengendalikan segmen Suria Cinta dan menyandang status solo, ramai yang mahu mendekati saya. Ada yang datang dari golongan bujang, lelaki duda dan ada juga pemuda berusia 20 tahun.
“Mungkin mereka suka dengan cara saya mengendalikan segmen Suria Cinta. Saya mengambil pendekatan mudah dan saya melayan peminat saya dengan baik dan secara sama rata. Mengendalikan segmen yang bertemakan cinta, apa yang saya sampaikan datang daripada hati.
“Namun begitu, saya begitu bernasib baik kerana peminat yang cuba mendekati saya tidak bersifat keterlaluan. Mereka menghormati saya sebagai seorang wanita,” katanya ketika ditemui pada majlis pengumuman Finalis Anugerah Pilihan Online 2006 (APO2016) di Menara Star di sini Khamis lalu.
DJ Lin Dedah Kini Didekati Peminat Usia 20 Tahun !

Pada majlis sama, DJ Lin yang tersenarai sebagai calon akhir dalam kategori Penyampai Radio Pilihan Online APO melahirkan rasa syukur kerana tahun 2016 membawa rezeki dan tuah kepada dirinya.
"Alhamdulillah, saya sangat bersyukur kerana tahun 2016 membawa rezeki dan tuah kepada saya. Sudah 10 tahun saya mengendalikan segmen Suria Cinta. Awal tahun ini, saya juga dinaikkan pangkat.
“Saya juga sangat berterima kasih kepada semua peminat kerana mereka masih menyokong kerjaya saya. Tahun ini juga, saya dicalonkan dalam APO2016 dan Anugerah Bintang Popular Berita Harian. Saya mengharapkan tahun 2016 terus akan memberikan tuah buat saya,” katanya mengakhiri perbualan.
Mengejutkan! DJ Lin Kongsi Pengalaman Sepanjang Kendali Segmen Suria Cinta Termasuk...!

DJ Lin Kongsi Pengalaman Sepanjang Kendali Segmen Suria Cinta Termasuk... Mengejutkan!! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.