Saturday, April 23, 2016

Didakwa Hamil, Ini Komen Nad Zainal Cetus Tanda Tanya!

Pelakon Nad Zainal memilih untuk terus mengunci mulut mengenai berita kehamilannya, sebaliknya hanya meminta semua pihak mendoakan yang terbaik untuk dirinya dan suami.

Nad atau nama sebenarnya Farah Nadia Zainal Abidin, 26, berpegang kepada prinsip enggan mengulas lanjut meskipun berita kehamilannya mula diperkatakan ketika dirinya sibuk menjayakan pementasan teater, Ombak Rindu di Panggung Sari, Istana Budaya.
"Maaf saya tidak mahu komen mengenai perkara itu. Doakan yang baik-baik saja buat saya dan suami," katanya.
Artikel menarik:- (Gambar) Kejadian Pelik Berlaku Di Majlis Perkahwinan Nad Zainal


Terdahulu, sumber yang juga kru produksi sebuah drama yang bakal dibintanginya memaklumkan isteri kepada Muhammad Faliq Amirudin, 28, itu sedang hamil, namun masih aktif meneruskan kerjaya lakonannya. 

Pelakon yang mencipta nama menerusi drama rantaian Kampung Girl itu berkahwin dalam sebuah majlis yang diadakan secara tertutup pada 18 Disember lalu tanpa liputan media. Jom usha (Gambar) Sekitar Perkahwinan Nad Zainal Dan Muhammad Faliq.


Sementara itu, dalam perkembangan lain, Nad berkongsi keterujaan untuk menjayakan telefilem terbitan Suhan Movies yang menampilkan barisan pelakon popular tempatan. Telefilem itu bakal menemui penonton istimewa sempena Aidilfitri nanti. 

Didakwa Hamil, Ini Komen Nad Zainal Cetus Tanda Tanya!

Selain itu, dua filem lakonannya iaitu Aku Haus Darahmu arahan Aidil Fitri Mohd Eunos dan Juvana 3 dijangka bakal ditayangkan hujung tahun ini.

Didakwa Hamil, Ini Komen Nad Zainal Cetus Tanda Tanya! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.