Monday, April 25, 2016

Didakwa Akan Beli Kelab AC Milan, Ini Komen TMJ!

Sebelum ini kecoh apabila TMJ akan membeli kelab Serie A Itali, AC Milan. Bagaimanapun semalam pemilik kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menafikan beliau akan membeli kelab Serie A Itali, AC Milan seperti dilaporkan.


Malah menurutnya meskipun ada hasrat itu namun beliau tidak mampu dari segi kewangan.
"Saya tidak kaya seperti ahli perniagaan Malaysia yang lain. Saya hanya seorang pemuda dengan impian dan cita-cita yang besar, itu sahaja," katanya melalui Facebook Johor Southern Tigers, semalam.

Sebelum ini, Tunku Ismail dalam temu ramah eksklusifnya bersama The Straits Times berkata, terdapat rancangan untuk membeli kelab tersebut.  

Menyentuh soal kenyataannya kepada akhbar Singapura itu, Tengku Mahkota Johor ini berkata, beliau memang mempunyai keinginan itu namun ia hanya satu impian.
"Baru-baru ini saya telah ditemu ramah oleh The Straits Times mengenai pencapaian saya bersama JDT dan matlamat lain dalam hidup secara umum. Saya juga ditanya jika saya mempunyai minat untuk membeli sebuah kelab luar negara.
"Sememangnya saya memang ada keinginan tersebut. Jika saya perlu memilih sebuah kelab, ianya adalah AC Milan. Itulah salah satu impian saya.
"Tetapi itu tidak bermakna saya akan membelinya. Ia cuma sebuah kelab yang saya minati dari zaman kanak-kanak. Itu sahaja," katanya.
Malah katanya, JDT hari ini masih tidak dapat mengalahkan Kedah dan pasukan Malaysia yang lain.
"Apatah lagi membeli AC Milan dan  terpaksa bertembung dengan Juventus dan kelab-kelab gergasi Itali yang lain. Takut saya.
"Kelab saya hanya JDT. Sebuah kelab kecil dengan cita-cita yang besar," katanya.
LAGI ARTIKEL MENARIK:-

1) Fuyyoo Ini Baru RARE!! Gambar Kereta Mewah Milik TMJ Cetus Perhatian

2) Reaksi Spontan Dato Seri Vida Apabila TMJ Belikan Cenderamata Kipas Pink Dari Barcelona... OHSEM!!

Didakwa Akan Beli Kelab AC Milan, Ini Komen TMJ! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.