Sunday, April 10, 2016

Biodata PENUH Hafidz Roshdi Hero Drama 'TUNDUKKAN PLAYBOY ITU' Yang Ramai Tidak Tahu!

Hafidz Roshdi hero baru yang kini semakin meningkat naik namanya. Mula dikenali dan namanya mula disebut-sebut apabila berjaya membawa watak seorang Playboy dengan sangat bersahaja dalam Drama slot Akasia TV3 Tundukkan Playboy Itu!! Ini merupakan kali kedua beliau memegang watak utama selepas drama slot samarinda Aku Pilih Kamu yang disiarkan di TV3 terdahulu.



Hafidz Roshdi merupakan nama baru yang dalam industri seni tanah air kita. Pelakon kacak ini semakin aktif dalam bidang lakonan, malah banyak drama yang sudah dibintanginya. Hafidz yang lahir dari program Hero Remaja 2011/2012 ini dijangka bakal menjadi lebih Popular dan sebaris dengan hero-hero ternama di malaysia seperti Fattah amin, Hisyam Hamid, Zul Ariffin, dan ramai lagi.


Seperti biasa seorang pelakon tidak akan lari dari kritikan atau kontroversi begitu juga bagi Hafizd yang juga menerima kritikan dalam lakonan yang dilihat masih agak kaku. Meskipun begitu ia tidak akan mematahkan semangan pelakon baru ini. Bagi Hafidz, kritikan sebegitu akan membantunya menjadi Pelakon yang lebih baik lagi. Penulis percaya lakonan Hafidz Roshdi yang baru berusia 22 tahun ini pastinya akan lebih mantap dan menyinar dari masa ke semasa!!


BIODATA PENUH HAFIDZ ROSHDI

Nama Komersial: Hafidz Roshdi

Nama Penuh: Muhammad Hafidz B. Roshdi

Tarikh Lahir: 13/11/1994

Umur: 22 Tahun (2016)

Pendidikan: OUM

Asal: Shah Alam

Pencapaian: Finalis Hero Remaja bersama Fattah Amin, Syarul Ridzwan dan Syafiq Kyle 2011/2012.

Drama: Baby Ana Milik Siapa, Kau Aku Kita, Aku Pilih Kamu, Tundukkan Playboy Itu


FB /IG:
1. Facebook Hafidz Roshdi – https://www.facebook.com/HafidzRoshdi
2. Instagram Hafidz Roshdi – https://www.instagram.com/hafidz.roshdi

Buat Hafidz Roshdi, didoakan semoga terus berjaya dalam kerjaya yang diceburi.

Biodata PENUH Hafidz Roshdi Hero Drama 'TUNDUKKAN PLAYBOY ITU' Yang Ramai Tidak Tahu! Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Media PenMerah

0 comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.